Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

Please download to get full document.

View again

of 6
161 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
Jurnal Hadhari 7 (2) (2015) Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman. Diulas oleh 1 MUHAMMAD HILMI
Document Share
Document Transcript
Jurnal Hadhari 7 (2) (2015) Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman. Diulas oleh 1 MUHAMMAD HILMI JALIL 1 Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor, Malaysia Buku ini merupakan karya suntingan seorang profesor bidang perancangan dan pengurusan pembangunan di Universiti Sains Malaysia (USM), beliau juga menyandang jawatan pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM. Beliau mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia, sarjana di University of East Anglia dan doktor falsafah di University of Oxford. Beliau aktif menjalankan penyelidikan tentang pembangunan berteraskan Islam dan ekonomi politik Islam. Buku ini merupakan hasil tulisan yang diterbitkan daripada sebuah wacana yang dianjurkan oleh Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP), kemudiannya dikenali sebagai Pusat Kajian Pengurusan dan Pembangunan Islam (ISDEV) bersama dengan Jurnal Pemikir. Wacana bertajuk Pembangunan dan Dilema Ummah di Malaysia ini diadakan di Universiti Sains Malaysia. Daripada wacana tersebut, penyunting buku ini berusaha menterjemahkan wacana tersebut dalam bentuk penerbitan buku bertajuk Dilema Ummah di Malaysia. Secara umumnya, buku ini disampaikan dalam gaya bahasa, idea dan persembahan yang santai serta mudah difahami oleh semua golongan pembaca. Maklumat tersebut dinyatakan oleh penyunting buku melalui Prakata. Buku ini memaparkan buah fikiran tiga orang ahli akademik di Malaysia, yang terlibat dalam wacana bertajuk Pembangunan dan Dilema Ummah di Malaysia yang dipengerusikan oleh Profesor Dato seri Dr. Md. Salleh Yaapar dari USM. Pertama Profesor Ulung Tan Sri Dr. Muhammad Kamal Hassan, ketika wacana tersebut berlangsung, beliau menjawat jawatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam wacana ini beliau berperanan sebagai ahli panel. Kedua adalah Profesor Dato Muhammad Abu Bakar, ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategi, Universiti Malaya, dalam wacana ini juga, beliau berperanan sebagai ahli panel. Ketiga adalah Penyunting buku ini sendiri, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh. 91 Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) Buku ini disusun berdasarkan lima bab. Pertama adalah bab Pembangunan dan Dilema Ummah di Malaysia, merupakan lontaran idea awal tentang pembangunan dan dilema ummah di Malaysia, yang ditulis oleh penyunting buku sendiri. Bab kedua Tahap Dilema Ummah di Malaysia memaparkan buah fikiran Profesor Dato Muhammad Abu Bakar. Bab ketiga Dilema Ummah: Antara Tuntutan Agama dan Kelemahan Diri merupakan pandangan Profesor Ulung Tan Sri Dr. Muhammad Kamal Hassan. Bab keempat Dialog Dilema Ummah memuatkan soalan-soalan daripada pendengar wacana Pembangunan dan Dilema Ummah di Malaysia, diikuti dengan jawapan spontan daripada dua ahli panel wacana tersebut. Manakala bab terakhir Dilema dan Hala Tuju Ummah Malaysia, memuatkan ulasan dan kesimpulan yang dibuat oleh penyunting buku ini terhadap kandungan, perbincangan dan maklum balas yang terdapat dalam wacana tersebut. Keunikan buku ini, memaparkan idea pembangunan ummah dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca, pembaca juga mudah untuk memahami matlamat serta hala tuju buku. Di mana pada peringkat awal, pembaca dipaparkan dengan beberapa realiti mikro dilema ummah di Malaysia, seperti rungutan ibu bapa, anak muda berjaya yang bekerja di bandar besar, anak-anak orang kaya, para pensyarah di universiti dan para pejuang bahasa Melayu. Realiti mikro yang dicetuskan oleh penyunting buku mampu memberi kesedaran awal kepada pembaca tentang masalah dan kecelaruan hidup ummah di Malaysia pada masa kini. Masalah dan kecelaruan hidup tersebut disimpulkan oleh penyunting seperti berikut: Walaupun pembangunan Malaysia dilihat cemerlang dan mampu bangun dan melangkah semula dengan yakin setelah mengalami kegawatan, namun ia telah mendatangkan kesan sampingan yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Tidak dapat dinafikan pada hakikatnya ummah Islam di Malaysia masih belum bebas sepenuhnya daripada dilema pembangunan. Seterusnya penyunting cuba menjelaskan, punca kepada timbulnya permasalahan dan kecelaruan ummah Islam di Malaysia akibat daripada penerimaan dan pemakaian kaedah pembangunan yang berasakan falsafah pembangunan neoklasikal, di mana, penyunting buku berpandangan falsafah tersebut merupakan falsafah pembangunan yang menuntut pemusnahan cara hidup masyarakat dan budaya tradisi ummah Islam Malaysia. Walau bagaimanapun, penulis tidak menghuraikan secara terperinci tentang apakah yang dimaksudkan dengan falsafah pembangunan neoklasikal, yang pada hemat saya penting untuk difahami oleh pembaca buku ini. Akibat daripada penerimaan terhadap falsafah tersebut, penulis buku menetapkan masyarakat Muslim di Malaysia pada hari ini berada dalam keadaan tersepit di antara dua pilihan, pertama ialah untuk hidup dalam keadaan selesa dari segi material dan terpaksa meninggalkan tradisi budaya hidup Islam yang telah lama di amalkan sekian lama, seterusnya akan mewujudkan kesan lanjutan iaitu timbulnya berbagai permasalahan budaya yang rosak dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia, seperti hiburan tanpa batas atau hedonisme. Manakala pilihan kedua mempertahankan tradisi budaya hidup Islam dan hidup dalam keadaan serba kekurangan dari sudut kebendaan. Daripada dua keadaan tersebut, wujud dua 92 Ulasan Buku (Book Review) Dilema Ummah di Malaysia kelompok besar yang saling mempengaruhi dan menentukan cara hidup masyarakat Muslim di Malaysia. Kedua-dua kelompok tersebut sentiasa bersaing, sehingga mewujudkan permasalahan lain, iaitu retaknya perpaduan ummah di Malaysia. Seterusnya dalam buku Dilema Ummah di Malaysia, penyunting buku memaparkan pandangan Profesor Dato Muhammad Abu Bakar, yang mencetuskan pandangan kritikal tentang sejarah dilema ummah di Malaysia. Dari sudut sejarah, pada peringkat awal, masyarakat Muslim di Malaysia tidak berhadapan dengan dilema seperti yang disebutkan sebelum ini. Masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu hidup dalam keadaan sendirian, tidak timbul rasa persaingan ataupun ancaman daripada pihak lain. Keadaan selesa tersebut berubah dengan terhasilnya dilema dalam masyarakat Melayu, selepas berlakunya penjajahan, khususnya penjajahan British. Sejak itu, masyarakat Melayu mula berasa terancam dengan kewujudan bangsa lain. Justeru perbandingan demi perbandingan terus dibuat oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Perbandingan itu juga yang sentiasa menjadi dilema kepada masyarakat Melayu. Dengan buah fikiran yang kritis dan mencabar, Profesor Dato Muhammad Abu Bakar menyatakan terdapat empat peringkat dilema yang berlaku pada masyarakat Melayu. Pertama, keselesaan hidup masyarakat Melayu semakin terhakis dan hilang akibat kehadiran masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Golongan bukan Melayu dan bukan Islam menjadi cermin kepada kejayaan dan kemunduran masyarakat Melayu Islam. Sejak itu masyarakat Melayu Islam terpaksa membuat pilihan untuk kekal dengan keadaan lama atau berubah kepada bentuk baru. Walau bagaimanapun, Muhammad Abu Bakar berpandangan, dilema yang pertama tidak membawa natijah kejayaan kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Dilema tahap kedua, setelah mengambil alih kuasa daripada penjajah British, orang Melayu berjaya menjadi tuan dan mengetuai kuasa politik di Malaysia, tetapi proses pembangunannya ditentukan oleh orang luar atau agensi luar antarabangsa. Sebagai contoh, aktiviti perladangan, perlombongan, perniagaan, perbankan, dan aktiviti lain. Kesemua aktiviti tersebut dikawal dan dikuasai oleh orang luar, orang Melayu Islam tidak memiliki dan tidak mampu mengawal aktiviti tersebut. Pada tahap ini, orang Melayu kelihatan berasa cukup dengan pembinaan masjid dan surau di kampungkampung, pemberian biasiswa untuk anak-anak belajar dan berbagai kelebihan lain, walau bagaimanapun, golongan ulama dan intelektual Islam sudah peka dengan kedudukan sistem-sistem yang ada dan sedang digunakan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ketika itu. Justeru, usaha untuk memperbaiki beberapa sistem yang digunakan oleh masyarakat Melayu Islam telah dimulakan oleh pihak ulama dan intelektual Islam. Sebagai contoh, beberapa persoalan halal dan haram sistem perbankan dan insurans mula dibangkitkan untuk kesedaran orang Melayu Islam. Dilema tahap ketiga pula berkaitan kemajuan material yang dicapai oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Pada tahap ini, masyarakat Melayu Islam berkembang dalam kerangka Dasar Ekonomi Baru, banyak kejayaan yang dikecap oleh Masyarakat Melayu di Malaysia, seperti lahirnya orang kaya dan golongan elit dalam kalangan 93 Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) orang Melayu dan semakin ramai anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke universiti luar negara, seterusnya pulang dengan kelulusan akademik yang tinggi. Walau bagaimanapun, pada tahap ini, kemajuan atau perkembangan material yang dimiliki oleh orang Melayu yang beragama Islam berkisar dalam kerangka fahaman moden Barat. Akibat dari itu, Profesor Dato Muhammad Abu Bakar mengumpamakan dilema masyarakat Melayu Islam pada tahap ketiga sebagai masyarakat yang menjadi mangsa kepada kejayaan yang dikecap oleh orang Melayu sendiri. Orang Melayu beragama Islam berkembang maju dengan cepat, akhirnya menjadi rapuh dan punah disebabkan kejayaannya sendiri. Boleh difahami, daripada kritikan Profesor Dato Muhammad Abu Bakar terhadap kejayaan masyarakat Melayu Islam ketika itu, adalah kerana kejayaan tersebut merupakan kejayaan yang tempang, tidak seimbang dan berat sebelah, di mana banyak kejayaan material, tetapi jati diri, kreativiti dan dinamisme dalaman masyarakat Melayu Islam semakin terhakis. Kesan daripada dilema ketiga ini, lahirlah beberapa tokoh Melayu Islam yang peka dan memberi kesedaran kepada Masyarakat Melayu Islam tentang kepentingan kemajuan yang seimbang dan menyeluruh, seterusnya berfungsi menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Manakala tahap dilema yang keempat merujuk kepada kemajuan Malaysia yang berada dalam kerangka globalisasi dan sentiasa dihambat dengan kehendak pihak luar, yang mahu Malaysia membolehkan segala-galanya atau Malaysia Boleh, agar pencapaian Malaysia setanding dengan negara maju lain, walau bagaimanapun, kebolehan tersebut mengorbankan nilai dan prinsip Islam, dalam tahap ini, orang Melayu Islam menerima dan membenarkan kerosakan berdasarkan nilai Islam untuk mencapai kejayaan, segalanya dibenarkan asalkan orang Melayu mencapai kejayaan besar. Beberapa contoh diberikan oleh beliau seperti kejayaan orang Melayu Islam menjadi kapitalis besar di beberapa negara, dalam masa yang sama mengetepikan nilai Islam. Fenomena ini disebut oleh beliau sebagai pemusatan kemajuan kepada manusia Islam, bukannya agama Islam itu sendiri. Beliau juga menekankan, pada tahap ini, umat Melayu Islam telah terperangkap dalam perangkap idea kemajuan barat. Berbeza dengan Profesor Ulung Tan Sri Dr. Muhammad Kamal Hassan, beliau membincang topik dilema ummah di Malaysia di antara sudut tuntutan Islam. Isu dilema ummah diperincikan oleh beliau dengan melihat empat persoalan pokok, apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan? Apakah tuntutan Islam terhadap isu pembangunan? Apakah kelemahan dalam diri umat Islam? Dan apakah bentuk jalan keluar atau penyelesaian yang diperlukan oleh umat Islam untuk terus membangun? Sebelum beliau memperjelas kesemua persoalan pokok di atas, beliau memberikan latar belakang orientasi pembangunan, secara umum perbahasan topik pembangunan terbahagi kepada enam orientasi atau bentuk pembangunan. Pertama adalah pembangunan ekonomi yang diukur melalui pencapaian pertumbuhan dengan petunjuk pendapatan, kemajuan teknologi, peningkatan taraf hidup dan lain-lain. Kedua dinamakan pembangunan berorientasikan sosio-ekonomi, sebuah bentuk pembangunan yang menuju ke arah industrialisasi dan pengagihan pendapatan kepada ahli masyarakat. Ketiga adalah bentuk pembangunan yang berusaha untuk 94 Ulasan Buku (Book Review) Dilema Ummah di Malaysia memenuhi keperluan asas golongan miskin seperti tuntutan makanan berkualiti, kesihatan awam, kemudahan air bersih, tempat tinggal selesa, pendidikan dan peluang pekerjaan. Keempat adalah pembangunan yang menuntut pembebasan daripada berbagai bentuk sekatan dan ikatan, seperti sekatan ekonomi, tekanan kemiskinan, tekanan sosial, ketidakadilan, pengabaian kemudahan awam dan sebagainya. Kelima adalah pembangunan yang mengambil kira keharmonian alam sekitar, melibatkan semua makhluk selain manusia, orientasi ini mahu segala usaha pembangunan memastikan ekologi alam sentiasa berada dalam keadaan lestari. Manakala orientasi pembangunan yang terakhir dinamakan pembangunan dengan pendekatan holistik, yang beliau dasarkan kepada pembangunan berdasarkan ajaran petunjuk Islam. Aktiviti pembangunan ini bersifat sepadu, menyeluruh yang akhirnya meningkatkan keupayaan material, intelektual, kerohanian dan sosial manusia bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Walaupun ajaran pembangunan berdasarkan Islam bersifat sempurna, beliau mengkritik amalan dan pencapaian umat Islam itu sendiri, kerana kelihatan gagal berhadapan dengan berbagai kelemahan dan kekurangan. Melalui kritikan ini, beliau memberikan bukti empirikal umat Islam Melayu di Malaysia, menghadapi berbagai masalah dalaman dan halangan yang menyekat kemaraan, untuk mencapai kemajuan fizikal dan rohani seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Masalah tersebut adalah gaya hidup yang menonjol dan menunjuk-nunjuk; sindrom kebergantungan, khususnya bergantung kepada subsidi kerajaan; kecenderungan meraih untung jangka pendek; pengabaian nilai waktu dan tidak menghargai waktu; orientasi keakhiratan yang melampaui batas; mentaliti yang penuh dengan kepercayaan karut; dan sindrom fitnah. Kesemua masalah ini disebut oleh beliau sebagai masalah budaya orang Melayu dan bukan budaya Islam, atau boleh difahami sebagai budaya Melayu yang terasing dengan Islam. Untuk berhadapan dan menyelesaikan masalah budaya buruk masyarakat Melayu di atas, beliau mencadangkan tiga jalan pembinaan semula umat Melayu Islam, pertama rekonstruksi pendidikan dengan kesepaduan di antara pendidikan keagamaan dan keduniaan, kedua rekonstruksi ekonomi yang menghubungkan kekuatan rangkaian ekonomi umat Islam dari merata dunia dan ketiga adalah rekonstruksi tanggungjawab pihak media terhadap pihak sosial supaya mendidik minda dan budaya masyarakat. Selain itu, buku ini menggunakan pendekatan unik dan berbeza dengan penulisan buku konvensional lain, di mana penyunting memuatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta terhadap Profesor Dato Muhammad Abu Bakar dan Profesor Ulung Tan Sri Dr. Muhammad Kamal Hassan. Seterusnya penyunting buku mengemukakan respons dan jawapan secara terperinci daripada kedua-dua ahli akademik tersebut, yang memberi penjelasan kepada semua persoalan yang diajukan. Dalam bab terakhir, penyunting buku membuat komentar dan rumusan secara menyeluruh terhadap perbincangan dan jawapan yang dibuat oleh Muhammad Abu Bakar dan Muhammad Kamal Hassan. Secara keseluruhan, buku yang berjumlah 66 muka surat ini mampu memberi penerangan dan kesedaran terhadap pembaca, khususnya masyarakat Melayu Islam 95 Jurnal Hadhari Volume 7 (2) (2015) tentang dilema yang dihadapi ummah di Malaysia. Selain itu, pembaca boleh memahami kedudukan sebenar serta perubahan yang berlaku terhadap masyarakat Melayu di Malaysia sebelum merdeka sehingga kini. Melalui perantaraan buku ini juga, pembaca boleh mengetahui bentuk-bentuk masalah, kegagalan, kejayaan dan pencapaian ummah di Malaysia, seterusnya memperbaiki segala kekurangan tersebut dan menambah baik aspek-aspek baik yang perlu dan wajar ditambah baik. Secara peribadi, buku ini berjaya menghasilkan buah fikiran akademik dan perbincangan yang diulas mengikut kesesuaian realiti semasa, bagi kebaikan pembangunan kontemporari. 96
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks