Pengenalan kepada Ekonomi

Please download to get full document.

View again

of 27
53 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan
Document Share
Document Transcript
Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan asas ekonomi; 4. Menerangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran; 5. Menghuraikan bagaimana sistem ekonomi menjawab ketiga-tiga persoalan asas ekonomi; dan 6. Menilai proses aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tanpa campur tangan kerajaan. PENGENALAN Kita sentiasa menggunakan perkataan ekonomi dalam kehidupan seharian kita. Apakah maksud sebenar ekonomi? Ekonomi merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Bidang-bidang pendidikan, agama, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pertahanan dan sebagainya memiliki ciri-ciri yang boleh dibincangkan dari sudut ekonomi. Dalam erti kata lain, ekonomi adalah teori yang memberi kesan kepada kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. 2 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI Dalam topik ini, kita akan membincangkan ekonomi daripada segi konsep, definisi dan kepentingannya dalam pembuatan keputusan berkenaan penggunaan sumber dengan cekap. 1.1 SKOP DAN KAEDAH ILMU EKONOMI Sejak dari permulaan sistem bermasyarakat, individu telah berinteraksi antara satu sama lain untuk memuaskan kehendak mereka. Masyarakat juga berinteraksi dengan alam sekitar untuk mendapatkan sumber alam semula jadi sebagai keperluan penting dalam kehidupan mereka. Ekonomi adalah berkaitan dengan aktiviti harian masyarakat dan individu yang berinteraksi antara satu sama lain. Ekonomi biasanya didefinisikan sebagai kajian bagaimana masyarakat menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak mereka yang tidak terbatas. Kekurangan sumber atau sumber yang terhad merupakan persoalan asas yang menjadi tunggak kepada bidang ekonomi. Bidang ekonomi sebagai satu cabang ilmu wujud disebabkan oleh pertembungan antara sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Justeru itu, kedua-duanya perlu berlaku secara serentak. Sekiranya kedua-dua kehendak manusia dan sumber terbatas, maka tiada lagi masalah untuk membuat pilihan dan ekonomi sebagai satu bidang juga tidak akan wujud. AKTIVITI 1.1 Apa yang menyebabkan kewujudan bidang ekonomi? Adakah benar bahawa ianya muncul disebabkan oleh sumber terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas? Bincangkan Kaedah Ekonomi Kaedah adalah cara yang sistematik dan tersusun untuk menghasilkan fakta baru yang mungkin tidak dapat dijelaskan sebelum ini. TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 3 Ekonomi dianggap sebagai salah satu bidang sains kerana dalam penyelidikan ekonomi, kita menggunakan kaedah saintifik. Sebagai seorang ahli penyelidik ekonomi, kita akan cuba membentuk hubungan antara pemboleh ubah atau kejadian dengan pemboleh ubah dan kejadian yang lain dengan membentuk teori. Teori adalah kesimpulan yang dibuat melalui pemerhatian yang dilakukan secara umum. Seterusnya, kita akan memastikan kesahihan sesuatu teori itu dengan menggunakan data yang telah diambil. Sekiranya data yang dianalisis mengesahkan teori tersebut, maka teori ekonomi itu akan bertukar menjadi hukum ekonomi. Hukum ekonomi ini akan diguna pakai sehingga munculnya teori baru yang lain. Rajah 1.1 di bawah menerangkan proses penghasilan teori ekonomi. Rajah 1.1: Proses pembentukan teori ekonomi 4 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI Mikroekonomi dan Makroekonomi Penyelidikan dalam bidang ekonomi kebiasaannya dipecahkan kepada dua kategori umum iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Seterusnya, kita akan membincangkan maksud kedua-dua kategori ini. Mikroekonomi memberi tumpuan kepada operasi dan keputusan yang dibuat oleh unit pembuat keputusan seperti isi rumah, firma dan industri. Makroekonomi melibatkan sektor dan pemboleh ubah dengan skop yang lebih luas seperti pengeluaran dan pendapatan negara, permintaan dan penawaran agregat, pergerakan tahap harga umum dan isu seperti pengangguran dan inflasi. Rajah 1.2: Kategori penyelidikan ekonomi Berdasarkan kepada definisi di atas, penyelidikan ke atas permintaan dan harga ayam merupakan penyelidikan mikroekonomi. Begitu juga keputusan yang anda buat apabila anda memilih untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi kerana ia secara tidak langsung melibatkan penyelidikan mikroekonomi terhadap kos dan faedah yang akan anda diperoleh daripada keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, penyelidikan mikroekonomi tidak semestinya terasing daripada penyelidikan makroekonomi kerana kedua-duanya melibatkan gelagat masyarakat dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, dalam membuat TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 5 keputusan berkaitan pengajian lanjutan, keputusan tersebut mungkin melibatkan seorang individu. Akan tetapi, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pemboleh ubah makroekonomi seperti kadar pengangguran. Anda mungkin mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian anda kerana ada kajian yang mengatakan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan mereka yang tidak memiliki ijazah atau diploma adalah tinggi. 1.2 KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS MELEPAS Sebagai seorang pelajar, anda mungkin pernah teringin untuk memiliki barangan yang di luar kemampuan anda. Ini adalah salah satu masalah asas ekonomi. Anda mungkin terpaksa menangguhkan perancangan anda untuk membeli sesuatu barangan atau menikmati juadah di restoran kegemaran anda kerana anda perlu terlebih dahulu menjelaskan yuran pengajian anda atau membeli buku rujukan. Anda juga mungkin merasakan yang anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar, berjumpa dengan rakan dan berehat. Pendapatan dan masa yang terhad menyebabkan anda perlu membuat keputusan yang terbaik dalam mengagihkan pendapatan dan masa anda. Masalah yang sama juga dihadapi oleh masyarakat; mereka juga perlu membuat pilihan antara pelbagai pilihan yang ada. Oleh itu, bagi ahli ekonomi, setiap isu perlu dilihat dari sudut kos dan faedah yang akan dijana. Ini dilakukan kerana kewujudan masalah kekurangan Masalah Kekurangan Apakah yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan? Kehendak manusia dan masyarakat terhadap barang, modal dan lain-lain adalah tidak terbatas dan tidak berkesudahan. Namun begitu, keupayaan untuk memenuhi setiap kehendak ini terutamanya dari sudut keupayaan untuk menghasilkan semua barangan dan perkhidmatan ini adalah terbatas. Ini terjadi kerana sumber yang diperlukan untuk menghasilkan semua barangan dan perkhidmatan ini wujud dalam kuantiti yang terhad. Dalam erti kata lain, kita menghadapi masalah kekurangan sumber. Masalah kekurangan muncul apabila kehendak material kita melebihi keupayaan kita untuk memenuhinya oleh kerana sumber yang terbatas. 6 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI Justeru, kekurangan yang merupakan masalah utama dalam ekonomi wujud disebabkan oleh pilihan yang dilakukan oleh individu dan masyarakat. Kekurangan merupakan satu konsep yang relatif. Sebagai contoh, walaupun pengeluaran minyak adalah tinggi, minyak dianggap sebagai sumber yang terhad kerana setiap individu yang memerlukannya, tidak dapat memilikinya sebanyak yang mungkin secara percuma. Ekonomi adalah satu kajian tentang bagaimana individu dan masyarakat memilih untuk menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak material mereka yang tidak terbatas, dengan cara yang terbaik dan paling optimum. Sebahagian daripada masalah kekurangan boleh diatasi dengan: (a) Menggunakan sepenuhnya kesemua sumber yang ada; (b) Menaik taraf keupayaan sumber dan teknologi; (c) Menaik taraf tahap kecekapan sistem pengeluaran dan pengagihan; dan (d) Mengagihkan semula barangan atau pendapatan dalam kalangan ahli masyarakat Pilihan dan Kos Melepas Berdasarkan kepada definisi ekonomi yang dibincangkan di atas, dua isu asas dalam ekonomi adalah: (a) Keperluan untuk membuat keputusan; dan (b) Mengenal pasti kos melepas apabila sesuatu keputusan diambil. Individu dan masyarakat perlu memilih antara beberapa pilihan yang ada; dan kos melepas adalah nilai pilihan terbaik yang tidak dipilih atau terpaksa dilepaskan. Penilaian kos dan faedah adalah asas dalam membuat keputusan. Dalam bidang ekonomi, penilaian kos dan faedah bukanlah suatu yang mudah kerana ia memerlukan pengukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, konsep kos melepas sesuai untuk digunakan sebagai satu kaedah yang tepat untuk mengukur kos dan faedah dalam bidang ekonomi. Kos melepas untuk sesuatu aktiviti yang TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 7 dijalankan adalah faedah terbaik yang terpaksa dikorbankan apabila aktiviti tersebut dilakukan. Faedah yang dikorbankan atau dilepaskan ini adalah faedah yang mungkin boleh dinikmati sekiranya alternatif ini dipilih. Untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu aktiviti terbaik, kita perlu mengorbankan aktiviti terbaik yang lain. Kos melepas wujud untuk semua pilihan yang melibatkan pelbagai alternatif. Sebagai contoh, atas kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran, ayah anda memberi anda pilihan sama ada untuk pergi melancong ke luar negara atau membeli kereta baru sebagai hadiah. Memandangkan anda memang telah lama mengimpikan kedua-duanya, anda perlu membuat keputusan yang terbaik. Sekiranya anda memilih untuk melancong, maka kos melepas anda adalah nilai kereta yang mungkin dibeli oleh ayah anda; sekiranya kereta menjadi pilihan anda, kos melepas yang anda terpaksa tanggung adalah peluang untuk melancong ke luar negara. SEMAK KENDIRI 1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan, pilihan dan kos melepas? LATIHAN 1.1 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S). 1. Makroekonomi memberi tumpuan kepada pemboleh ubah agregat seperti pendapatan negara, tahap guna tenaga dan inflasi. 2. Sesuatu produk dianggap sebagai terhad sekiranya jumlah yang diperlukan oleh masyarakat melebihi jumlah yang boleh diperoleh masyarakat secara percuma. 3. Konsep harga tidak akan bermakna untuk masyarakat yang tidak menggunakan wang sebagai alat perantara pertukaran. 4. Apabila anda membuat keputusan untuk mempelajari prinsip ekonomi, anda akan menanggung kos melepas. 8 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 1.3 HAD PENGELUARAN Kita semua sedia maklum tentang masalah kekurangan sumber yang dihadapi oleh masyarakat yang menyebabkan mereka perlu membuat pilihan. Konsep kekurangan dan pilihan boleh diterangkan dengan lebih jelas dengan menggunakan konsep keluk kemungkinan pengeluaran (KKP). Dalam bidang ekonomi, pelbagai model telah digunakan untuk mengkaji gelagat individu. Keluk kemungkinan pengeluaran adalah model asas yang digunakan oleh ahli ekonomi untuk mengkaji konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas. Sebelum kita membincangkan konsep keluk kemungkinan pengeluaran, kita perlu terlebih dahulu membuat beberapa andaian untuk memudahkan analisis yang akan dilakukan. Pertamanya, kita andaikan bahawa ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan iaitu barangan pengguna dan barangan modal. Keduanya, kita andaikan bahawa kedua-dua barangan tersebut boleh dikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi yang sama. Ketiganya, kita andaikan bahawa dalam jangka masa pendek, sumber yang diperuntukkan dan tahap teknologi kekal pada tahap yang sama. Akhir sekali, kita andaikan bahawa sumber ekonomi akan digunakan sepenuhnya dan secara cekap. Satu contoh keluk kemungkinan pengeluaran ditunjukkan dalam Rajah 1.3. Rajah 1.3: Contoh keluk kemungkinan pengeluaran Jadual Kemungkinan Pengeluaran Jadual kemungkinan pengeluaran menyenaraikan semua kombinasi output yang boleh dikeluarkan dengan sekumpulan input. Kos melepas boleh diukur daripada jadual kemungkinan pengeluaran. TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 9 Jadual 1.1 menunjukkan kombinasi output yang boleh dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi. Jadual 1.1: Jadual Kemungkinan Pengeluaran Kombinasi Barangan Pengguna (Unit) Barangan Modal (Unit) A 0 15 B 4 14 C 7 12 D 9 9 E 11 5 F 12 0 Seperti yang ditunjukkan di jadual di atas, pada kombinasi A, semua sumber yang ada digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan barangan modal. Sebaliknya, pada kombinasi F, semua sumber digunakan untuk menghasilkan barangan pengguna. Pada kombinasi B hinggan E, kedua-dua jenis barangan dihasilkan pada kuantiti yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya kombinasi C dipilih, maka tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit barangan modal akan dihasilkan. Sekiranya kombinasi D yang menjadi pilihan, sembilan unit barangan pengguna dan sembilan unit barangan modal akan dihasilkan. Sekiranya kita andaikan yang kita berada pada titik kombinasi B, perubahan ke titik kombinasi C akan melibatkan kos melepas. Kos melepas yang perlu ditanggung apabila kita beralih dari titik B (empat unit barangan pengguna dan 14 unit barangan modal) ke titik C (tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit barangan modal) adalah (12-14)/(7-4) = -2/3. Dalam erti kata lain, untuk meningkatkan satu unit barangan pengguna, barangan modal perlu dikurangkan sebanyak 2/3 unit. Sebaliknya, peralihan dari kombinasi D ke kombinasi E akan melibatkan kos melepas sebanyak (5-9)/(11-9) = -2. Ini bermakna, untuk meningkatkan satu unit barangan pengguna, kita perlu mengurangkan barangan modal sebanyak dua unit. Contoh di atas menerangkan konsep hukum kos melepas meningkat. 10 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) Keluk kemungkinan pengeluaran adalah diagram yang diperoleh daripada jadual kemungkinan pengeluaran. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos melepas. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan output optimum yang boleh dihasilkan oleh sejumlah input. Keluk kemungkinan pengeluaran yang ditunjukkan di Rajah 1.4 adalah berdasarkan kepada Jadual 1.1. Rajah 1.4: Keluk kemungkinan pengeluaran Berikut adalah ciri-ciri utama keluk kemungkinan pengeluaran: (a) (b) Keluk kemungkinan pengeluaran sebagai had atau margin Keluk ini menunjukkan margin kapasiti pengeluaran sesuatu masyarakat dengan menggunakan institusi, sumber dan teknologi sedia ada. Sesebuah negara mungkin ingin memiliki lebih banyak kuantiti barangan yang wujud (seperti titik M pada Rajah 1.4) tetapi kehendak ini tidak boleh dicapai dengan menggunakan sumber dan teknologi yang sedia ada. Titik M menunjukkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh sesebuah negara. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan pengeluaran maksimum yang boleh dicapai apabila semua sumber digunakan sepenuhnya dan dengan cekap Pengeluaran boleh dilakukan pada kawasan yang berada dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Namun dalam kawasan ini, TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 11 sumber tidak digunakan sepenuhnya dengan cekap. Sebagai contoh, titik T di Rajah 1.4 menunjukkan penggunaan sumber yang tidak cekap. (c) (d) Keluk kemungkinan pengeluaran memiliki kecerunan yang negatif Kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa pengeluaran sesuatu barangan perlu dikurangkan untuk meningkatkan pengeluaran barangan yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa setiap pilihan yang dibuat akan melibatkan kos melepas. Untuk mendapatkan satu unit tambahan sesuatu barangan, kita perlu mengurangkan kuantiti barangan yang satu lagi. Keluk kemungkinan pengeluaran beralih apabila pertumbuhan ekonomi berlaku Pertumbuhan ekonomi mungkin berlaku apabila jumlah dan kualiti sumber meningkat atau apabila teknologi menjadi lebih baik. Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran bergantung kepada jenis sumber yang berubah dan bentuk perubahan teknologi yang berlaku. Andaikan penaikan taraf teknologi berlaku dalam penghasilan barangan pengguna. Ini bermakna dengan menggunakan sumber yang sama, barangan pengguna boleh dihasilkan dengan lebih banyak (dua kali ganda sebagai contoh). Ini akan menyebabkan pergerakan di paksi barangan pengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Rajah 1.5: Pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran Sekarang, andaikan pula berlaku peningkatan dalam jumlah tenaga buruh dan pengeluaran barangan pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh berbanding pengeluaran barangan modal. Ini akan menyebabkan pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran seperti pada Rajah 1.6. 12 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI Rajah 1.6: Pergerakan dalam keluk kemungkinan pengeluaran (e) Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung ke atas Apabila keluk kemungkinan pengeluaran bercerun ke atas, kecerunannya akan meningkat. Peningkatan kecerunan ini bermakna hukum kos melepas meningkat akan berlaku. Peningkatan kos melepas berlaku apabila jumlah unit sesuatu barangan yang perlu dikorbankan untuk memperoleh satu unit tambahan barangan yang lain meningkat. Dalam Jadual 1.1., apabila kita bergerak dari kombinasi A ke kombinasi B dan kombinasi C, kos melepas untuk pengeluaran barangan pengguna akan meningkat. Sebaliknya, apabila kita bergerak dari kombinasi C ke kombinasi B dan kombinasi A, kos melepas untuk barangan modal yang akan meningkat. Peningkatan kos melepas ini berlaku kerana jenis dan ciri-ciri sumber yang digunakan adalah berbeza-beza. Sesetengah sumber adalah lebih produktif apabila digunakan untuk pengeluaran sesuatu barangan. Semasa kita mengukur kos melepas, kita tidak boleh membandingkan titik yang berada di bawah lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran (seperti titik T di Rajah 1.4) dengan titik yang berada di atas keluk kemungkinan pengeluaran. Kombinasi di titik T tidak menggunakan sumber secara cekap. Justeru, ianya tidak boleh dianggap sebagai alternatif terbaik kepada kombinasi yang berada di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran. (f) Pilihan antara dua jenis barangan (barangan pengguna dan barangan modal) adalah penting untuk menentukan tahap pertumbuhan ekonomi Berdasarkan Rajah 1.7, kita dapat lihat masyarakat memilih kombinasi B di mana pengeluaran barangan pengguna lebih besar daripada pengeluaran barangan modal. Sebaliknya, Rajah 1.8 menunjukkan masyarakat memilih untuk mengeluarkan lebih banyak barangan modal berbanding barangan TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 13 pengguna. Selepas tempoh masa tertentu, pertumbuhan ekonomi adalah lebih tinggi untuk keadaan yang digambarkan pada Rajah 1.8 berbanding pada Rajah 1.7. Ini berlaku kerana barangan modal akan lebih menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berbanding barangan pengguna. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan bahawa masyarakat menghadapi masalah untuk memilih kombinasi pengeluaran yang terbaik antara kedua barangan ini. Rajah 1.7: Kesan pemilihan lebih banyak barangan pengguna Rajah 1.8: Kesan pemilihan lebih banyak barangan modal 14 TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI SEMAK KENDIRI 1.2 Terangkan bagaimana konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas boleh digambarkan melalui keluk kemungkinan pengeluaran. LATIHAN 1.2 Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S). 1. Sekiranya ekonomi beroperasi di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran, penambahan output boleh diperoleh tanpa sebarang peningkatan kos. 2. Keluk kemungkinan pengeluaran boleh menerangkan konsep kekurangan, kos melepas, kecekapan dan pilihan. 3. Sesuatu masyarakat boleh bergerak sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran tanpa perlu menanggung kos melepas. AKTIVITI 1.2 Pada pendapat anda, bagaimanakah kos melepas mempengaruhi bentuk cembung keluk kemungkinan pengeluaran? Bincangkan dengan rakan kelas anda. 1.4 PERSOALAN ASAS EKONOMI DAN SISTEM EKONOMI Masalah kekurangan sumber menyebabkan masyarakat terpaksa membuat pilihan. Terdapat tiga persoalan asas yang perlu dijawab dalam proses pembuatan pilihan. Rajah 1.9 di bawah menunjukkan ketiga-tiga persoalan tersebut. TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 15 Rajah 1.9: Persoalan asas ekonomi Persoalan Asas Ekonomi (a) Apakah yang sepatutnya dikeluarkan? Masyarakat perlu menentukan apakah jenis barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan melalui sumber yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Kombinasi barangan yang dipilih perlu berada di atas keluk kemungkinan pengeluaran kerana ianya adalah kombinasi yang cekap. Apabila jenis output yang diperlukan telah dikenal pasti, masyarakat seterusnya perlu menentukan jumlah pengeluaran bagi setiap output yang dipilih. Keluk puas sama masyarakat menunj
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x