FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Please download to get full document.

View again

of 20
111 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 001 NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL :
Document Share
Document Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 001 NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan Penghasilan Bunyi-Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu Penghasilan Bunyi Vokal Bahasa Melayu Penghasilan Bunyi Konsonan Bahasa Melayu Perbezaan Di Antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem fonologi Bahasa Melayu 4.0 Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya dalam Pengajaran Kemahiran Lisan 5.0 Penutup 18 Rujukan 1 1.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj. Omar ( 1986 ) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Maksud dan makna fonologi menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Mengikut kamus linguistik ( Harimutri Kridalaksana, 1984 ) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidik bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Bidang fonologi merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonologi juga ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Dalam erti kata yang lebih luas, fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Manakala fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik ialah untuk mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutamannya bunyi yang digunakan di dalam pertuturan. Secara khususnya, fonetik bertujuan mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Menurut Arbak Othman ( 1983 ), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi. Fonetik dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Manakala Kamus Dewan pula menjelaskan, fonetik ialah ilmu bahasa ( linguistik ) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonologi dan fonetik melibatkan organ tutur manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi atau artikulatorr. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian, terdapat unsur yang dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi amat berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama penghasilan bunyi bahasa. Udara disedut ke dalam paru-paru dan dihembus keluar bersama-sama sewaktu kita sedang bernafas. Udara yang dihembuskan itu, kemudiannya mendapat halangan di berbagai-bagai tempat alat artikulasi dan berbagai-bagai cara hingga terhasillah bunyi-bunyi bahasa. 2 2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu. Secara kasar bunyi-bunyi dapat dihasilkan dengan dua cara. Pertama bunyi itu dikeluarkan dengan cara udara itu tidak terganggu dalam rongga mulut. Udara keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit dan sebagainya. Bunyi itu dipengaruhi oleh kedudukan lidah dan bentuk bibir sahaja. Bunyi yang dihasilkan dengan cara demikian dipanggil bunyi vokal. Kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paru-paru. Aliran udara itu kemudiannya terganggu oleh alat-alat sebutan tadi semasa melalui rongga mulut atau rongga hidung. Bunyi yang dikeluarkan dengan cara demikian dikatakan bunyi konsonan. 2.1 Penghasilan Bunyi Vokal Bahasa Melayu Vokal dihasilkan tanpa apa sekatan semasa diujarkan. Semua vokal dalam bahasa melayu bersuara, bermakna pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Vokal dalam bahasa melayu boleh dikategorikan sebagai vokal hadapan, vokal belakang dan vokal tengah. Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam penghasilan bunyi vokal-vokal bahasa melayu Vokal Hadapan Vokal Hadapan Sempit [ i ] Untuk menghasilkan vokal ini keadaan bibir hampar, depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras dan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui hidung udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara keluar dapat mengetarkan selaput suara. Rajah : Vokal hadapan sempit [i] 3 Bunyi yang dihasilkan ialah seperti pada perkataan berikut: [ikan] [bila] [tali] [ibu] [tiba] [padi] Vokal Hadapan Separuh Sempit [e] Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Untuk membunyikannya keadaan bibir hampar, depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung dan pita suara dirapatkan. Rajah : Vokal hadapan separuh sempit [e] Bunyi yang dihasilkan ialah seperti pada perkataan berikut : [enak] [teleng] [tauge] [elok] [leher] [tempe] Vokal Hadapan Separuh Luas [ǝ] Cara membunyikan vokal ini, keadaan bibir hampar, hadapan lidah dinaikkan separuh luas yang bergerak ke arah lelangit keras, hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. 4 Rajah : Vokal hadapan separuh luas [ǝ] Bunyi yang dihasilkan ialah seperti pada perkataan berikut: [ǝmak] [bǝlǝk] [taugǝ] [ǝnak] [bǝlok] [tǝmpǝ] Vokal Hadapan Luas [a] Dihasilkan dengan hujung lidah ditarik ke titik yang paling ke bawah dalam rongga mulut. Udara ditekan keluar dari paru-paru, kedua bibir dileperkan dalam menghasilkan bunyi vokal ini. Vokal ini paling banyak terdapat dalam bahasa melayu. Rajah : Vokal hadapan luas [a] Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas [a] seperti pada perkataan yang berikut : [awan] [kadar] [siapa] [anak] [beras] [nama] 2.2 Vokal Belakang Terdapat empat vokal belakang dalam bahasa melayu; [u,o,ᴐ dan a]. Kecuali vokal [a] vokal yang lain membundarkan dua bibir Vokal Belakang Sempit [u] Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. 5 Rajah 2.2.1: Vokal belakang sempit [u] Bunyi yang dihasilkan seperti pada perkataan berikut: [upah] [sudu] [palu] [ubat] [bubuh] [pupus] Vokal Belakang Seperuh Sempit [o] Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan ⅓ di antara titik yang paling tinggi dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibundarkan. Apabila udara ditekan keluar maka bunyi vokal yang dihasilkan ialah [o]. Rajah 2.2.2: Vokal belakang separuh sempit [o] Bunyi yang dihasilkan seperti pada perkataan berikut: [orang] [tolong] [koko] [otak] [tolol] [boleh] Vokal Belakang Separuh Luas [ᴐ] Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan ⅓ daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. 6 Bunyi yang dihasilkan seperti pada perkataan yang berikut: Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata [orang] [borong] [soto] [oleh] [bolot] [teko] 2.3 Vokal Tengah [ ] Dihasilkan dengan bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelaangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar. Vokal ini hanya terdapat di awal dan tengah suku kata sahaja. Bunyi yang dihasilkan seperti pada perkataan berikut: Awal Kata Tengah Kata [ mak] [p nat] [ mpat] [t mpat] 2.4 Penghasilan Bunyi Konsonan Bahasa Melayu Konsonan Letupan a) Letupan bibir [p], [b] Dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari paru-paru akan tertahan. Penahanan ini dilepaskan dengan serta-merta. Kalau letupan itu dilakukan dengan pita suara tidak bergetar maka bunyi itu menjadi letupan dua bibir tak bersuara [p] dan jika pita suara bergetar ianya menjadi letupan dua bibir bersuara [b]. Rajah A : Konsonan letupan [p], [b] 7 Huruf konsonan [p] palu lapik atap konsonan [b] batek rabun adab b) Letupan gusi [t], [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Udara yang tertahan dalam rongga mulut dan dilepaskan dengan serta-merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [t] dan letupan gusi bersuara [d]. Rajah B: konsonan letupan [t], [d] Huruf konsonan [t] takut batas padat konsonan [d] dalam tanduk abad c) Letupan lelangit lembut [k], [g] Untuk menghasilkannya belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Udara yang tertahan dilepaskan dengan serta-merta menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut [k] tak bersuara dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Rajah C: Konsonan letupan [k], [g] 8 Huruf konsonan [k] kala makan tamak konsonan [g] garam pagar dialog d) Letupan pita suara atau hentian [ʔ] Hentian glotis terhasil terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan terhasil. Rajah D: Konsonan letupan [ʔ] Anak saat lemak Ikan rakyat budak Konsonan Letusan [j], [c] Konsonan letusan dihasilkan dengan cara yang agak sama dengan letupan tetapi letusan itu tertahan untuk beberapa ketika baharu dilepaskan dengan perlahan dan tidak dengan serta-merta seperti letupan, malah hanya meletus. Ada dua konsonan letusan dalam bahasa melayu, iaitu letusan lelangit keras [j] yang bersuara dan [c] yang tak bersuara. 9 Rajah : Konsonan letusan [j], [c] Huruf konsonan [j] jala kanji kolej konsonan [c] cara laci koc Konsonan geseran. a) Geseran gusi tak bersuara [s] Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi tidak menyekat aliran udara. Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser. Bunyi geseran gusi tak bersuara [s] akan terhasil. Rajah A : Konsonan geseran [s] Silap lasak pedas Satu lesu lemas b) Geseran pita suara [h] Apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glottis tak bersuara akan dihasilkan. 10 Rajah B: Konsonan geseran [h] Hantu bahu buluh Haru tahu suluh Konsonan getaran [r] Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan menggetarkan lidah dalam rongga mulut. Lidah diangkat ke arah gusi atas. Udara dari paru-paru ditekan hingga menggetarkan lidah untuk menghasilkan bunyi getaran gusi bersuara [r]. Rajah 2.4.4: Konsonan getaran [r] rapat tiram sabar rugi seram lebar konsonan sisian [l] Dihasilkan dengan hujung dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l]. 11 Rajah 2.2.5: Konsonan sisian [l] lagu tilam tebal Konsonan sengauan a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]. Dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara [m]. Rajah A: konsonan sengauan [m] macam teman ketam b) Konsonan sengau gusi bersuara [n] Hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara [n]. Rajah B: Konsonan sengauan [n] 12 naga tanah taman c) Konsonan sengau lelangit lembut [ƞ] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [ng]. Rajah C: Konsonan sengauan [ƞ] ngilu bingka lalang d) Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ɲ] Tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]. Rajah D: Konsonan sengauan [ɲ] nyaris banyak - 13 2.2.7 Separuh vokal [w], [j] a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Dihasilkan dengan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut, kemudian lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Udara dari paruparu keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [w]. Rajah A: Separuh vokal [w] waris kawan takraw b) Separuh vokal lelangit bersuara [y] Bagi menghasilkan vokal ini, depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi, bibir dihamparkan, lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung dan pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [y]. Rajah B: Separuh vokal [y] yakin tayang - 14 3.0 Perbezaan Di Antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi Bahasa Melayu. Menurut Asmah Hj. Omar, fonem dianggap sebagai unit linguistik yang tidak mengandungi makna. Fonem dapat membezakan makna dan hal ini berbeza dengan alofon yang tidak membezakan makna. Untuk membezakan sama ada sesuatu unsur tersebut fonem atau alofon, dijelaskan seperti berikut: 3.1 Anggota satu fonem mempunyai ciri fonetik sama. Fon-fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama dapat digolongkan ke dalam fonem yang sama. Fon-fon yang menjadi anggota dalam satu fonem dipanggil alofon. Dalam bahasa melayu fon [p] mempunyai dua cara sebutan yang berbeza. Contohnya, sebutan [p] dalam paya, sapa dan atap. Bunyi [p] dalam paya dan sapa diujarkan dengan sempurna. Tetapi bunyi letupan itu tidak disempurnakan letupannya dalam [atap ], ciri diberi tanda [ ], yakni tidak diletupkan. Jadi ada dua jenis letupan dua bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [p ]. Fonem [p] mempunyai dua alofon, iaitu [p] dan [p ]. [p] dipakai dalam lingkungannya sendiri, iaitu [paya] dan [sapa], dan [p ] dalam lingkungannya pula [atap ]. Lingkungan pemakaian alofon dari satu fonem ini dikatakan penyebarannya. 3.2 Alofon satu fonem berlaku dalam penyebaran saling melengkapi. Apa yang dimaksudkan dengan penyebaran saling melengkapi ini ialah, bahawa [p] berlaku dalam lingkungan awal atau tengah perkataan dan [p ] dalam lingkungan akhir perkataan. Perbezaan itu tidaklah cukup besar sehingga menjadi bunyi yang berlainan. Jadi hendaklah diketahui ciri fonetik yang boleh membezakan fonem dan yang hanya merupakan perubahan bunyi menurut lingkungan. Perubahan bunyi yang berlaku menurut lingkungan itu hanya sifat biasa bunyi yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi lain sebelum dan selepasnya. [p] berlaku dalam lingkungan [-aya] dan [sa-a], manakala [p ] berlaku dalam lingkungan [ata-]. Dengan kata lain [p] dan [p ] terpakai dalam lingkungan masing-masing. Lingkungan pemakaiannya itu, saling melengkapi, iaitu di mana ada [p], maka [p ] tidak dipakai dan begitulah sebaliknya. Dengan itu penyebaran alofon fonem /p/ itu lengkap dalam semua lingkungan. 3.3 Pasangan terkecil berkontras. Untuk menentukan taraf dua bunyi yang berlainan sama ada ianya dua alofon dari satu fonem atau dua fonem yang berlainan adalah dengan mencari pasangan terkecil perkataan yang mempunyai bentuk fonetik yang sama di mana dua bunyi itu dapat dikontraskan. Pasangan perkataan itu hendaklah terkecil, iaitu belum menerima imbuhan. Apa yang dimaksudkan dengan kontras itu ialah, di mana dua bunyi itu dapat membezakan erti dua perkataan itu. Kalau ianya berkontras, atau membezakan erti, 15 maka ternyatalah dua bunyi itu terdiri dari dua fonem yang berlainan. Contohnya perkataan [pagi] dan [bagi]. Dapat dilihat [pagi] dan [bagi] itu sama dalam semua bunyi melainkan antara [p] dan [b]. Oleh sebab itu ertinya berbeza. Maka dengan sebab itu [p] dan [b] itu dianggap sebagai dua fonem yang berlainan. Fonem ditulis dalam kurungan / /. Ini dilakukan untuk membezakannya dari fon atau bunyi, kerana fonem melambangkan satu keluarga bunyi. 3.4 Kelainan dan variasi bebas. Terdapat juga dua fonem tidak berkontras dalam pasangan tertentu, misalnya: /agama/, / ugama/ dan /igama/. Dalam hal ini /a/, /u/ dan /i/ adalah fonem yang berlainan dan didapati tidak berkontras dalam satu perkataan ini. Hal ini dipanggil kelainan bebas. Fonem /a/ mempunyai kelainan, iaitu /u/ dan /i/. Dalam ejaan bahasa melayu, hanya satu sahaja yang diterima, iaitu agama. Terdapat juga di mana alofon satu fonem tersebar dalam satu lingkungan tanpa berkontras. Misalnya [bɔtɔl] dan [botol] tidak berbeza. Dalam hal ini [ɔ] dan [o] bukanlah dua fonem yang berlainan, malah hanya alofon fonem /o/. Kejadian ini dikatakan variasi bebas. Sistem ejaan hanya menerima botol. 4.0 Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan. Konsep kontras dalam bunyi penggalan, boleh juga dipakai untuk bunyi bukan penggalan. Bunyi-bunyi penggalan disertai dengan bunyi supra-penggalan. Ada empat ciri suprasegmental dalam bahasa melayu yang perlu diketahui iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang pendek. 4.1 Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan wujud pada suku kata perkataan. Ini biasanya ditandakan dengan [ʹ]. Dalam bahasa melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua perkataan, contohnya [ruʹmah] dan [kamʹpuƞ]. 4.2 Nada Nada merupakan unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan. Nada adalah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Unsur ini khusus dibincangkan dalam lingkungan perkataan sahaja. Kalau digunakan dalam ayat, unsur ini dipanggil intonasi. Nada ditandai dengan nombor, nombor 1 ( rendah ), 2 ( biasa ), 3 ( tinggi ), dan 4 ( tinggi sekali ). Ayat penyata 16 biasanya dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1. Contohnya pada ayat seperti berikut: ² saya hendak ³ mandi. 4.3 Jeda Juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur senyap dalam ujaran yang memisahkan antara perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda atau persendian diberi lambang [+]. Ujaran pukul empat ditranskripsi sebagai [pukul + ǝmpat]. Dalam bahasa melayu terdapat juga pemakaian jeda yang dapat membezakan erti ini. Ujaran seperti [ bǝlikantin]. Ujaran ini boleh ditafsirkan sebagai ʻmembeli sebuah tinʼ seperti dalam [bǝlikan + tin], atau ʻmembeli sebuah kantinʼ dalam [bǝli + kantin]. Sebenarnya unsur jeda ini memang mempunyai tugas pembeza dalam bahasa. 4.4 Panjang-pendek Merupakan kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi yang diucapkan. Dalam bahasa melayu unsur ini tidak membawa apa-apa kepentingan fonemis. Unsur panjang-pendek diberi lambang [:] yang dipanggil mora, [::] dikatakan satu mora dan [.] dikatakan setengah mora. Dalam pengajaran kemahiran lisan, keempat-empat unsur suprasegmental tersebut mempunyai kepentingan. Unsur tekanan merujuk cara bagaimana murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengucapkan dan menyebut suku kata, perkataan atau rangkai kata sama ada diucapkan untuk membezakan unsur menegaskan atau lembut. Jadi melalui tekanan ini, murid boleh dan dapat bertutur dan menyampaikan ucapan atau berkomunakasi secara bertatasusila serta beradab. Kepentingan unsur nada pula dalam pengajaran lisan, membolehkan murid membezakan nada yang sesuai ketika melafazkan puisi seperti pantun, syair dan sajak mengikut intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai dengan bahan yang dilafazkan secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan dan berkesan. Sementara jeda pul
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks