Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Please download to get full document.

View again

of 6
15 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
SOALAN 5(a) Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda. Pembelajaran
Document Share
Document Transcript
SOALAN 5(a) Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda. Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah: 1- Teori Pembelajaran Behavioris Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila gutru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike ( ) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing laparyang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum uatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi. Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini. 2- Teori Pembelajaran Sosial Alber Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu: i) memberi perhatian ii) iii) iv) mengekalkan maklumat menghasilkan tingkah laku motivasi dan peneguhan Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian,tingkah laku dan bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya. b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan mula menjeritkan jawapan. c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tiadak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul. 3- Teori Humanistik Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lainaspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang anak didiknya. 4- Teori Pembelajaran Kognitif Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut: i) Pembelajaran isyarat Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.misalnya, apabila loceng berbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.ini merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran. ii) Pembelajaran mengganggu gerak balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati. iii) Rangkaian Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk melengkapi satutugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian. iv) Pertalian berbahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola. v) Pembelajaran diskrimanasi Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting. vi) Pembelajaran Konsep Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk. vii) Pembelajaran hokum Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hokum. viii) Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutanurutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah itu seperti berikut: a) mengenal masalah b) mencari maklumat c) membuat hipotesis d) menguji hipotesis e) membuat rumusan 5- Teori Konstruktivisme Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosisl, adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks