Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember PDF

Please download to get full document.

View again

of 7
4 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
19 Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember PERSEKITARAN OPERASI Pada 2013, aktiviti ekonomi global bertambah
Document Share
Document Transcript
19 Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember PERSEKITARAN OPERASI Pada 2013, aktiviti ekonomi global bertambah baik di negara-negara maju, dengan pertumbuhan di serata Asia terus berkembang pesat memandangkan permintaan domestik yang sederhana diimbangi oleh prestasi eksport lebih baik. Sejajar dengan itu, ekonomi Malaysia meneruskan momentum pertumbuhan pada kadar lebih rendah sebanyak 4.7% (2012: 5.6%), disokong terutamanya oleh permintaan sektor swasta dan peningkatan eksport. Bagi tahun 2013, perniagaan insurans hayat dan takaful keluarga mencatatkan pertumbuhan perlahan dari segi pendapatan premium bersih dan sumbangan bersih, iaitu pada kadar 5.8% (2012: 9.3%) dan 4.7% (2012: 23.5%) masing-masing. Pasaran terjejas oleh kelembapan pertumbuhan produk berkaitan pelaburan, disebabkan keadaan pasaran ekuiti yang tidak stabil pada Memandangkan produk berkaitan pelaburan merangkumi sebahagian besar, iaitu 40% daripada pendapatan perniagaan baru, jumlah premium/sumbangan perniagaan baru bagi insurans hayat dan takaful keluarga mencatatkan peningkatan marginal iaitu 1.7% kepada RM12.2 bilion (2012: RM12.0 bilion). Sementara itu, jumlah pendapatan premium yang diraih bagi perniagaan insurans/takaful am meningkat sebanyak 11.0% (2012: 10.1%) kepada RM15.2 bilion (2012: RM13.7 bilion), berasaskan pertumbuhan premium kukuh yang berterusan daripada segmen motor dan kebakaran. ULASAN PRESTASI Seperti yang didedahkan dalam bahagian seterusnya, Maklumat Terkini Tentang Cadangan Korporat Terbaru, anak syarikat Kumpulan yang telah dilupuskan, iaitu Malaysian Assurance Alliance Berhad ( MAA Assurance ) (kini dikenali sebagai Zurich Insurance Malaysia Berhad) dan MAAKL Mutual Bhd ( MAAKL Mutual ), telah diklasifikasikan di bawah operasi dihentikan dalam penyata kewangan berikutan pelaksanaan piawaian perakaunan diluluskan yang berkenaan. Hasil Operasi Bagi tahun yang dilaporkan, Jumlah Hasil Operasi Kumpulan meningkat sebanyak 14.3% kepada RM586.2 juta (2012: RM513.0 juta), dengan operasi berterusan mencatatkan peningkatan 17.5% kepada RM539.0 juta (2012: RM458.7 juta) manakala operasi dihentikan mencatatkan penyusutan 13.1% kepada RM47.2 juta (2012: RM54.3 juta). 20 Di bawah Sektor Insurans Konvensional, Bahagian Insurans Am mencatatkan Jumlah Premium Diraih Kasar sebanyak RM28.2 juta (2012: RM69.4 juta), secara sepenuhnya daripada operasi berterusan Kumpulan di luar negara. Bagi tahun 2012, Bahagian Insurans Hayat mencatatkan Jumlah Premium Diraih Kasar sebanyak RM3.5 juta, secara sepenuhnya daripada operasi luar negara yang dihentikan. Di bawah Sektor Takaful, Bahagian Takaful Am dan juga Bahagian Takaful Keluarga terus berkembang dengan momentum kukuh, masingmasing mencatatkan Sumbangan Diraih Kasar berjumlah RM215.8 juta (2012: RM152.9 juta) dan RM258.2 juta (2012: RM209.1 juta). Bahagian Pengurusan Dana Unit Amanah Kumpulan (operasi dihentikan) juga mencatatkan prestasi yang setanding, dengan peningkatan sebanyak 20.9% dalam hasil operasi kepada RM47.2 juta (2012: RM39.0 juta), sebahagian besarnya menerusi pendapatan yuran perkhidmatan awal dan yuran pengurusan yang lebih tinggi berjumlah RM46.3 juta (2012: RM38.0 juta). Dana Pemegang Saham Kumpulan (tidak termasuk Bahagian Pengurusan Dana Unit Amanah) mencatatkan penyusutan 17.8% dalam jumlah hasil operasi kepada RM21.3 juta, secara sepenuhnya daripada operasi berterusan (2012: RM25.9 juta, dengan RM14.6 juta adalah daripada operasi berterusan dan RM11.3 juta daripada operasi dihentikan). Untung / Rugi Sebelum Cukai Kumpulan mencatatkan Untung Sebelum Cukai ( USC ) lebih rendah berjumlah RM9.2 juta bagi tahun semasa yang dilaporkan (2012: USC RM39.2 juta), dengan operasi berterusan mencatatkan Rugi Sebelum Cukai ( RSC ) lebih rendah sebanyak RM9.5 juta (2012: RSC RM31.1 juta) sementara operasi dihentikan mencatatkan USC lebih rendah berjumlah RM18.7 juta (2012: USC RM70.3 juta). Di bawah Sektor Insurans Konvensional, Bahagian Insurans Am mencatatkan RSC lebih tinggi berjumlah RM28.1 juta (2012: RSC RM12.3 juta), secara sepenuhnya daripada operasi luar negara yang berterusan. Bagi tahun 2012, RSC lebih rendah dicatatkan oleh Bahagian Insurans Am terutamanya disebabkan oleh pendapatan daripada pemansuhan hutang berjumlah RM14.9 juta di bawah perjanjian komutasi Persetiaan Insurans Semula Am yang ditandatangani oleh anak syarikat insurans luar pesisir Kumpulan dengan MAA Assurance. Bahagian Insurans Am mencatatkan RSC kecil berjumlah RM1.0 juta, secara sepenuhnya daripada operasi berterusan, berbanding RSC RM3.3 juta pada 2012 (RSC operasi berterusan RM0.1 juta dan RSC operasi dihentikan berjumlah RM3.2 juta). Di bawah Sektor Takaful, Bahagian Takaful Am dan Bahagian Takaful Keluarga masing-masing mencatatkan USC lebih rendah berjumlah RM1.6 juta (2012: USC RM6.8 juta) dan RM7.3 juta (2012: USC RM9.8 juta). Bahagian Pengurusan Dana Unit Amanah Kumpulan (operasi dihentikan) mencatatkan USC lebih rendah berjumlah RM4.3 juta pada tahun semasa yang dilaporkan (2012: RSC RM6.0 juta). Dana Pemegang Saham Kumpulan (tidak termasuk Bahagian Pengurusan Dana Unit Amanah) mencatatkan USC lebih rendah sebanyak RM32.4 juta (2012: USC RM42.0 juta), dengan operasi berterusan mencatatkan USC RM18.0 juta (2012: RSC RM25.5 juta) manakala operasi dihentikan mencatatkan USC berjumlah RM14.4 juta (2012: USC RM67.5 juta). Untung yang dicatatkan oleh operasi berterusan bagi 2013 disumbangkan oleh pendapatan nilai saksama bersih berjumlah RM12.7 juta yang diiktiraf daripada bon yang dipindahkan daripada MAA Assurance di bawah Perjanjian Penyelesaian dengan Zurich Insurance Company Limited ( Zurich ) bagi pelupusan MAA Assurance, pengiraan semula kerugian rosot nilai yang sebelum ini diperuntukkan bagi pelaburan dalam syarikat bersekutu dan keuntungan direalisasi bersih dan nilai saksama lebih tinggi daripada pelaburan dalam syarikat bersekutu. Bagi tahun 2012, RSC yang dicatatkan oleh operasi berterusan sebahagian besarnya disebabkan peruntukan RM14.4 juta yang dibuat bagi liabiliti luar jangka sebuah bekas anak syarikat. Untung yang dicatatkan daripada operasi dihentikan bagi tahun semasa yang dilaporkan termasuk keuntungan RM14.3 juta daripada pelupusan MAA Assurance di bawah Perjanjian Penyelesaian dengan Zurich dan keuntungan RM45.0 juta daripada pelupusan MAAKL Mutual. Walau bagaimanapun, keuntungan ini diimbangi sebahagiannya oleh peruntukan RM45.0 juta yang dibuat bagi Tuntutan Balas Zurich. Bagi tahun 2012, USC termasuk keuntungan RM50.7 juta yang diiktiraf daripada penerimaan jumlah yang ditahan daripada pertimbangan jualan MAA Assurance selepas memenuhi beberapa prasyarat seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli dengan Zurich, keuntungan RM5.3 juta daripada pelarasan ke atas selanjutnya bagi pertimbangan jualan MAA Assurance disebabkan liabiliti dana Hayat yang terlebih nyata dalam Draf Akaun Penyempurnaan MAA Assurance yang disediakan oleh Zurich dan keuntungan RM10.8 juta daripada pelupusan PT MAA Life Assurance. Pada 31 Disember 2013, Jumlah Aset Kumpulan bernilai RM1.4 bilion, lebih tinggi sedikit berbanding RM1.2 bilion yang dilaporkan pada 2012, dengan Pendapatan Sesaham ( EPS ) sebanyak 1.55 sen (2012: sen). ULASAN OPERASI PERNIAGAAN Bagi tahun yang dilaporkan, segmen operasi utama Kumpulan terdiri daripada: Insurans Takaful Malaysia Pengurusan Unit Amanah Malaysia Insurans Antarabangsa Pembiayaan Gadai Janji Australia Maklumat mengenai prestasi setiap segmen dibincangkan secara berasingan di halaman yang dilampirkan. 21 DIVIDEN Pada 4 Mac 2014, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen kasar interim sebanyak 3 sen sesaham di bawah sistem dividen satu peringkat, bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 yang perlu dibayar pada 18 April MAKLUMAT TERKINI TENTANG CADANGAN KORPORAT TERBARU Kumpulan dengan sukacitanya memaklumkan perkembangan terkini berikut: (a) Pada 30 September 2011, Kumpulan menyempurnakan pelupusan seluruh kepentingan ekutiti (100%) dalam MAA Assurance dan anak syarikat lain yang dikenal pasti, iaitu Multioto Services Sdn Bhd, Maagnet Systems Sdn Bhd, Malaysian Alliance Property Services Sdn Bhd dan Maagnet-SSMS Sdn Bhd (seterusnya secara tergabung dikenali sebagai ( Anak Syarikat Dilupuskan ) kepada Zurich dengan pertimbangan tunai berjumlah RM344.0 juta ( Pelupusan ). Di bawah syarat-syarat Perjanjian Jual Beli Bersyarat ( SPA ) dengan Zurich berhubung Pelupusan ini, pelarasan dibuat kepada pertimbangan jualan bernilai RM344.0 juta yang bersamaan dengan perbezaan antara nilai aset bersih agregat Anak Syarikat Dilupuskan pada 30 September 2010 dan nilai aset bersih agregat akhir pada 30 September 2011 ( Pelarasan kepada Pertimbangan ). Pelarasan kepada Pertimbangan perlu dimuktamadkan dalam masa seratus dua puluh (120) hari dari tarikh penyempurnaan jualan Anak Syarikat Dilupuskan, melainkan pertikaian timbul, yang akan diselesaikan menurut terma dan syarat berkaitan yang dinyatakan dalam SPA. Pada 30 Disember 2011, berdasarkan Draf Akaun Penyempurnaan dan Penyata Nilai Aset Bersih Agregat bagi Anak Syarikat Dilupuskan yang disediakan oleh dan diterima daripada Zurich, terdapat pertambahan berjumlah RM86.0 juta kepada pertimbangan jualan sebanyak RM344.0 juta. Pertambahan berjumlah RM86.0 juta tersebut bersamaan dengan perbezaan antara nilai aset bersih agregat Anak Syarikat Dilupuskan pada 30 September 2010 dan nilai aset bersih agregat akhir pada 30 September Pada 17 Februari 2012 dan 12 April 2012, Syarikat telah mengemukakan pemberitahuan pertikaian kepada Zurich kerana tidak bersetuju terhadap pengurangan tertentu ( Perkara Dipertikaikan ) yang dibuat kepada Draf Akaun Penyempurnaan dan Penyata Nilai Aset Bersih Agregat bagi Anak Syarikat Dilupuskan. Pada 16 Julai 2012, Syarikat menerima surat bertarikh 13 Julai 2012 daripada Zurich yang mengesahkan jumlah terlebih nyata sebanyak RM5.3 juta dalam liabiliti dana Hayat MAA Assurance dalam Draf Akaun Penyempurnaan. Pada 2 November 2012, Syarikat memfailkan dan mengemukakan notis penimbangtaraan terhadap Zurich menerusi Pusat Penimbangtaraan Antarabangsa Singapura, yang antara lain meminta perisytiharan untuk merujuk pertikaian tentang pengiraan Rizab Insurans Am dan perkara lain yang dipertikaikan dalam Draf Akaun Penyempurnaan yang disediakan oleh Zurich kepada seorang Akauntan Pakar menurut terma SPA untuk menentukan harga jualan akhir Anak Syarikat Dilupuskan, di samping perisytiharan selanjutnya tentang haknya untuk menerima pembayaran wang eskrow menurut Perjanjian Eskrow bertarikh 28 September 2011, selepas memenuhi keperluan di bawah SPA dan Surat Sampingan bertarikh 17 Ogos 2011 berkaitan dengan hartanah Prima Avenue Klang, bersama dengan pampasan, faedah dan kos. Pada 24 Julai 2013, Syarikat memeterai perjanjian penyelesaian ( Perjanjian Penyelesaian ) dengan Zurich bagi penyelesaian Perkara Dipertikaikan berkaitan dengan Draf Akaun Penyempurnaan dan hartanah Prima Avenue Klang ( PAK ) ( Cadangan Penyelesaian ). Tertakluk kepada penunaian syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian Penyelesaian, terma penting Cadangan Penyelesaian, antara lain termasuk yang berikut: (iv) Pihak-pihak yang terbabit bersetuju dan memperakui bahawa pertimbangan tambahan akhir yang dipersetujui yang perlu dibayar oleh Zurich adalah RM103.4 juta, mengambil kira semua pelarasan bagi rizab insurans am, penghutang am dan rizab liabiliti hayat seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Penyelesaian. Berhubung dengan penyelesaian pertikaian rosot nilai bagi bon Senai Desaru dan Domayne ( Bon ), Syarikat bersetuju untuk menerima pemindahan Bon pada rosot nilai bawaan dan pemotongan harga pindahan Bon daripada pertimbangan tambahan oleh Zurich. Pihak-pihak yang terbabit memperakui bahawa jumlah RM103.4 juta adalah tertakluk kepada pemotongan harga pindahan Bon dan Nilai Tertahan PAK (seperti yang ditakrifkan dalam (iv) di bawah), dengan jumlah bersih yang perlu dibayar oleh Zurich kepada akaun eskrow adalah RM78.8 juta. Zurich akan mengarah dan menahan sejumlah RM3.0 juta ( Jumlah Pegangan PAK ) sehingga penyerahan hak milik strata individu bagi Blok A PAK dalam tempoh 3 tahun. Lanjutan daripada obligasi Syarikat berkaitan dengan (iv) seperti yang didedahkan di atas dan untuk mendapatkan kembali pelaburan asal Syarikat sebanyak RM20.0 juta dalam pembangunan (ditakrifkan seterusnya) yang timbul daripada jualan asal MAA Assurance kepada Zurich pada 30 September 2011, Syarikat telah memeterai perjanjian usaha sama dengan PIMA Pembangunan Sdn Bhd ( PIMA ) pada 30 Julai 2013 berhubung dengan pembangunan komersial yang dikenali sebagai Prima Avenue Klang atau Pusat Perniagaan Prima Klang ( Pembangunan ) yang kini merangkumi ruang pejabat dan/atau lot kedai Blok A dan Blok B dan tapak bangunan bagi Blok C (akan dibina). Pembangunan ini kini dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad menerusi cagaran undang-undang pertama. 22 Pada 11 September 2013, Syarikat mengumumkan bahawa Perkara Dipertikaikan berhubung dengan Draf Akaun Penyempurnaan antara Syarikat dan Zurich telah diselesaikan pada hari tersebut dan Syarikat telah menerima Bon daripada Zurich pada 6 September 2013 dan baki pertimbangan tambahan/jumlah bersih RM78.8 juta telah didepositkan dengan sewajarnya oleh Zurich ke dalam akaun eskrow. Pada 30 September 2013, sejumlah RM136.5 juta (termasuk faedah yang diraih) telah dikeluarkan daripada akaun eskrow kepada Syarikat selepas tamat tempoh 2 tahun daripada penyiapan dan baki RM55.1 juta masih ditahan dalam akaun eksrow sehingga baki tuntutan tertunggak Zurich telah diselesaikan. Baki tuntutan tertunggak Zurich berkaitan dengan dakwaan perlanggaran waranti dan indemniti ( Tuntutan Balas Zurich ), yang mana peruntukan RM45.0 juta telah dibuat dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember Syarikat telah melantik akauntan, aktuari dan peguam profesional untuk menentusah dan menilai ketepatan dan kejituan Tuntutan Balas Zurich dan telah menerima laporan yang berkenaan. Syarikat akan membuat pengumuman mengenai perkembangan selanjutnya pada masa yang sewajarnya. (b) Pada 30 September 2011, Syarikat telah dimasukkan dalam kategori penerbit saham tersenarai yang terjejas, menurut Nota Amalan 17 ( PN17 ) Keperluan Penyenaraian di mana penerbit saham tersenarai telah menggantung atau menamatkan perniagaan utamanya, iaitu dalam kes ini, pelupusan MAA Assurance. Namun begitu, Syarikat tidak mencetuskan mana-mana kriteria lain yang dinyatakan di bawah PN17 Keperluan Penyenaraian, seperti ekuiti pemegang saham disatukan untuk modal saham terbitan dan berbayar sebanyak 25% atau kurang, kegagalan Kumpulan membuat pembayaran, pendapat negatif atau penafian oleh juruaudit terhadap akaun teraudit terkini Syarikat, dll. Sebagai penerbit saham tersenarai yang terjejas, Syarikat perlu mematuhi perenggan 4.1 PN17 Keperluan Penyenaraian untuk mengumumkan butir-butir rancangan penyusunan semula. Pada 28 September 2012, Syarikat mengemukakan permohonan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad ( Bursa Securities ) untuk pengecualian daripada mematuhi Perenggan 8.04(2) Keperluan Penyenaraian dan pengecualian daripada mengemukakan rancangan penyusunan semula kepada Bursa Securities menurut Perenggan 8.04(3) Keperluan Penyenaraian ( Permohonan Pertama Pengecualian ). Pada 30 November 2012, Syarikat mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk lanjutan masa bagi mematuhi Perenggan 8.04(3) dan PN17 Keperluan Penyenaraian ( Permohonan Pertama Lanjutan Masa ). Pada 20 Disember 2012, Bursa Securities menolak Permohonan Pertama Pengecualian Syarikat daripada mematuhi Perenggan 8.04(3) dan PN17 Keperluan Penyenaraian dan memberikan lanjutan masa sehingga 18 Jun 2013 bagi Syarikat mengemukakan rancangan penyusunan semula ( Pemberian Lanjutan Masa Pertama ). Pada 7 Jun 2013, Syarikat mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk lanjutan masa daripada mematuhi Perenggan 8.04(3) dan PN17 Keperluan Penyenaraian ( Permohonan Lanjutan Masa Kedua ). Pada 1 Ogos 2013, Bursa Securities memberikan lanjutan masa tambahan sehingga 30 November 2013 ( Pemberian Lanjutan Masa Kedua ) bagi Syarikat untuk mengemukakan rancangan penyusunan semula selepas mengambil kira antara lain perkara berikut: Kedudukan kewangan disatukan terkini Kumpulan, termasuk ekuiti pemegang saham, aset bersih dan nisbah hutang disatukan; Penerimaan baki wang tunai daripada pelupusan Anak Syarikat Dilupuskan pada masa depan, berikutan cadangan penyelesaian atas jumlah yang diterima oleh Syarikat seperti yang diumumkan pada 24 Julai 2013; dan Perkembangan peraturan terkini di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013, yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2013 yang mengawal selia aktiviti perniagaan teras Syarikat. Pemberian Lanjutan Masa Kedua tidak menjejaskan hak Bursa Securities untuk menggantung jual beli saham Syarikat dan mengeluarkan Syarikat daripada senarai sekiranya: Syarikat gagal mengemukakan rancangan penyusunan semula pada atau sebelum 30 November 2013; Syarikat gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang diperlukan bagi pelaksanaan rancangan penyusunan semula; atau Syarikat gagal melaksanakan rancangan penyusunan semula dalam tempoh masa atau tempoh masa lanjutan yang ditetapkan oleh Bursa Securities. Jika berlaku mana-mana perkara yang dinyatakan dalam hingga di atas, Bursa Securities akan menggantung jual beli saham tersenarai Syarikat selepas tamat tempoh lima (5) hari pasaran dari tarikh Syarikat dimaklumkan oleh Bursa Securities dan mengeluarkan Syarikat daripada senarai, tertakluk kepada hak Syarikat untuk membuat rayuan agar tidak dikeluarkan daripada senarai. Berdasarkan keputusan Bursa Securities, Lembaga Pengarah akan merangka rancangan penyusunan semula dan akan mengemukakannya kepada Bursa Securities untuk kelulusan. Pada 2 September 2013, 1 Oktober 2013 dan 1 November 2013, Syarikat mengumumkan bahawa ia masih dalam proses merangka rancangan penyusunan semula untuk dikemukakan kepada Bursa Securities untuk kelulusan. 23 Pada 29 November 2013, Syarikat mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk lanjutan masa menurut Perenggan 8.04(2), 8.04(3) dan PN17 Keperluan Penyenaraian ( Permohonan Lanjutan Masa Ketiga ). Pada 9 Disember 2013, Bursa Malaysia memaklumkan bahawa penggantungan jual beli saham Syarikat dan pengeluaran Syarikat daripada senarai menurut Perenggan 8.04(5) Keperluan Penyenaraian akan ditangguhkan bergantung kepada keputusan Permohonan Lanjutan Masa Ketiga. Pada 2 Januari 2014 dan 4 Februari 2014, Syarikat mengumumkan bahawa tiada perkembangan penting dalam Permohonan Lanjutan Masa Ketiga. Pada 11 Mac 2014, Bursa Securities telah memberikan lanjutan masa sehingga 31 Julai 2014 kepada Syarikat untuk mengemukakan rancangan penyusunan semula ( Pemberian Lanjutan Masa Ketiga ). Pemberian Lanjutan Masa Ketiga dibuat oleh Bursa Securities selepas mengambil kira, antara lain, perkara berikut: Perkembangan penting berkaitan penstrukturan semula dalaman Kumpulan, secara khususnya penstrukturan semula dalaman berkaitan anak-anak syarikat, iaitu PT MAA General Assurance ( PT MAAG ) dan MAA Takaful Berhad ( MAAT ); dan syarikat sekutunya, Columbus Capital Pty Ltd ( CCAU ); dan Kedudukan kewangan disatukan terkini Kumpulan termasuk ekuiti pemegang saham dan aset bersih disatukan, tunai dan kesetaraan tunai dan juga kedudukan hutangnya. Syarikat juga perlu memberikan maklumat terperinci mengenai status penstrukturan semula dalaman Kumpulan dan status penyerahan rancangan penyusunan semula kepada pihak berkuasa kawal selia menerusi pengumuman bulanan. Akhir sekali, Pemberian Lanjutan Masa Ketiga tidak menjejaskan hak Bursa Securities untuk menggantung jual beli saham tersenarai Syarikat dan mengeluarkan Syarikat daripada senarai sekiranya: Syarikat gagal mengemukakan rancangan penyusunan semula kepada pihak berkuasa kawal selia pada atau sebelum 31 Julai 2014; Syarikat gagal mendapatkan kelulusan daripada mana-mana
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks