Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember PDF

Please download to get full document.

View again

of 5
32 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
22 Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember PERSEKITARAN OPERASI Pada 2015, aktiviti ekonomi global terus
Document Share
Document Transcript
22 Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun Kumpulan bagi tahun berakhir 31 Disember PERSEKITARAN OPERASI Pada 2015, aktiviti ekonomi global terus berkembang pada kadar yang sederhana. Kadar pertumbuhan di negara-negara maju masih terbatas, manakala ekonomi Asia umumnya disokong oleh permintaan domestik dalam suasana prestasi eksport yang kurang memberangsangkan. Sejajar dengan itu, ekonomi Malaysia berkembang 5.0% (2014: 6.0%) pada 2015, diterajui terutamanya oleh permintaan sektor swasta. TUNKU DATO YAACOB KHYRA Executive Pengerusi Chairman Eksekutif Pada tahun lepas, industri Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia berkembang pada kadar yang sederhana, dengan jumlah pendapatan premium/sumbangan bersih, meningkat sebanyak 4.5% (2014: 7.5%) kepada RM35.1 bilion (2014: RM33.6 bilion), disokong oleh pertumbuhan berterusan sebanyak 9.4% dalam perniagaan berkaitan pelaburan. Manakala Industri Insurans dan Takaful Am Malaysia mencatatkan pertumbuhan pendapatan premium/ sumbangan sebanyak 5.5% (2014: 7.5%) kepada RM17.3 bilion (2014: RM16.4 bilion), disokong oleh jualan kenderaan motor yang mampan. ULASAN PRESTASI Seperti yang didedahkan dalam bahagian seterusnya, Maklumat Terkini tentang Cadangan Korporat Terbaru, anak syarikat Kumpulan yang telah dilupuskan, iaitu MAACA Corporate Services Sdn Bhd dan MAA Cards Sdn Bhd telah diklasifikasikan sebagai Operasi Dihentikan pada penyata kewangan tahun berakhir 31 Disember 2015 mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan. Hasil Operasi Bagi tahun yang dilaporkan, Jumlah Hasil Kumpulan merosot sebanyak 10.0% kepada RM484.1 juta (2014: RM538.1 juta), dengan Operasi Berterusan mencatatkan penyusutan 6.5% kepada RM483.7 juta (2014: RM517.4 juta) manakala Operasi Dihentikan mengalami kemerosotan RM0.4 juta (2014: RM20.7 juta). Di bawah segmen Insurans Konvensional, Bahagian Insurans Am mencatatkan Jumlah Premium Diraih Kasar sebanyak RM1,000 (2014: RM110,000), daripada perniagaan terus tanggung kami di Indonesia yang bermula pada 2013. 23 Di bawah Perniagaan Takaful, Bahagian Takaful Am dan Bahagian Takaful Keluarga masing-masing mencatatkan Sumbangan Diraih Kasar berjumlah RM277.6 juta (2014: RM286.8 juta) dan RM250.7 juta (2014: RM367.6 juta). Dana Pemegang Saham Kumpulan mencatatkan Jumlah Hasil RM255.9 juta (2014: RM220.2 juta). Operasi Berterusan melonjak 28.1% kepada RM255.5 juta (2014: RM199.5 juta) manakala Operasi Dihentikan menyusut kepada RM0.4 juta (2014: RM20.7 juta). Untung / Rugi Sebelum Cukai Kumpulan mencatatkan Untung Sebelum Cukai ( USC ) lebih tinggi berjumlah RM32.6 juta bagi tahun yang dilaporkan (2014: USC RM19.2 juta). Operasi Berterusan meraih USC RM34.0 juta (2014: USC RM1.8 juta) manakala Operasi Dihentikan mencatatkan Rugi Sebelum Cukai ( RSC ) RM1.4 juta (2014: USC RM17.5 juta). Dari segi Insurans Konvensional, Bahagian Insurans Am yang terdiri sepenuhnya daripada operasi Indonesia mencatatkan USC RM0.7 juta (2014: USC RM17.0 juta). Sementara itu, Bahagian Insurans Hayat yang merangkumi operasi insurans luar pesisir berpangkalan di Labuan mencatatkan sumbangan Sifar (2014: USC RM183,000) berikutan kematangan dana bon berkaitan pelaburan pada Mei 2014, operasi insurans luar pesisir berpangkalan di Labuan tidak melancarkan mana-mana produk berkaitan pelaburan yang baru. Dalam perniagaan Takaful, Bahagian Takaful Am meraih USC kecil berjumlah RM0.6 juta (2014: RSC RM0.6 juta). Bahagian Takaful Keluarga pula mencatatkan RSC lebih rendah berjumlah RM4.7 juta (2014: RSC RM11.3 juta) terutamanya disebabkan defisit dalam dana risiko Takaful tidak berkaitan pelaburan akibat tuntutan yang lebih tinggi dalam portfolio perubatan. Sebagai langkah pengimbang, lebihan RM11.3 juta (2014: RM11.0 juta) dipindahkan kepada Dana Pemegang Saham daripada dana risiko berkaitan Takaful. Dana Pemegang Saham Kumpulan mencatatkan USC lebih tinggi berjumlah RM36.1 juta (2014: USC RM14.0 juta) selepas mengambil kira lebihan RM11.3 juta dan RM1.5 juta yang masing-masing dipindahkan daripada Dana Takaful Keluarga dan Dana Takaful Am. Operasi Berterusan mencatatkan USC RM37.5 juta (2014: RSC RM3.5 juta) dan Operasi Dihentikan mengalami RSC RM1.4 juta (2014: USC RM17.5 juta). Untung lebih tinggi daripada Operasi Berterusan bagi 2015 terutamanya disebabkan oleh untung bersih RM48.3 juta daripada pemisahan operasi Indonesia dan juga lebihan lebih tinggi yang dipindahkan daripada dana Takaful. Bagi Operasi Dihentikan, untung bagi 2014 disumbangkan terutamanya oleh masuk kira semula RM12.5 juta menurut pelaksanaan perjanjian penyelesaian kedua dengan Zurich Insurance Company Ltd ( Zurich ) bagi jualan anak syarikat yang telah dilupuskan iaitu Malaysian Assurance Alliance Berhad (kini dikenali sebagai Zurich Insurance Malaysia Berhad) dan keuntungan RM7.6 juta daripada pelupusan satu lagi anak syarikat. Pada 31 Disember 2015, Jumlah Aset Kumpulan bernilai RM1.5 bilion (2014: RM1.6 bilion) dengan Pendapatan Sesaham ( EPS ) mencecah 8.3 sen (2014: 5.5 sen). DIVIDEN Pada tahun yang dilaporkan, Syarikat membayar dividen interim pertama dan kedua sebanyak 3 sen sesaham di bawah sistem dividen satu peringkat pada 30 April 2015 dan 9 Oktober 2015, yang berjumlah RM17,785,936. Syarikat telah membayar dividen interim pertama 3 sen sesaham di bawah sistem dividen satu peringkat berjumlah RM8,712,698 pada 31 Mac 2016 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ULASAN OPERASI PERNIAGAAN Bagi tahun yang dilaporkan, segmen operasi utama Kumpulan terdiri daripada: Perniagaan Takaful (Malaysia) Perniagaan Insurans Konvensional (Antarabangsa) Perniagaan Pembiayaan Gadai Janji (Australia) Butiran prestasi masing-masing dibentangkan secara berasingan dalam halaman yang dilampirkan. MAKLUMAT TERKINI TENTANG CADANGAN KORPORAT TERBARU Kumpulan dengan sukacitanya memaklumkan tentang perkembangan terkini yang berikut: (a) Pada 30 September 2011, Syarikat menjadi penerbit tersenarai yang terjejas menurut Nota Amalan 17 ( PN17 ) Keperluan Penyenaraian yang berkuat kuasa ke atas penerbit tersenarai yang telah menggantung atau menamatkan perniagaan utamanya, iaitu dalam kes ini pelupusan Malaysian Assurance Alliance Berhad (kini dikenali sebagai Zurich Insurance Malaysia Berhad). Annual report 2015 MAA GROUP BERHAD 24 Namun begitu, Syarikat tidak mencetuskan mana-mana satu daripada kriteria yang ditetapkan di bawah PN17 Keperluan Penyenaraian, seperti ekuiti pemegang saham disatukan sebanyak 25% atau lebih rendah daripada modal saham terbitan dan berbayar, kegagalan pembayaran oleh Kumpulan dan pendapat bertentangan atau penafian oleh juruaudit terhadap akaun teraudit terkini Syarikat, dll. Menurut Perenggan 8.04(3) Keperluan Penyenaraian, Syarikat perlu mengembalikan semula keadaan operasinya dengan melaksanakan rancangan penyusunan semula. Rancangan penyusunan semula tersebut perlu dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad ( Bursa Securities ) pada 30 September 2012, dan seterusnya dilanjutkan sehingga 30 Jun 2016 menerusi surat Bursa Securities bertarikh 18 Februari 2016, 4 Ogos 2015, 23 Mac 2015, 21 Oktober 2014, 11 Mac 2014, 1 Ogos 2013 dan 20 Disember 2012 ( Lanjutan Masa ). Lanjutan Masa sehingga 30 Jun 2016 bagi Syarikat untuk mengemukakan rancangan penyusunan semula tidak menjejaskan hak Bursa Securities untuk terus menggantung jual beli saham tersenarai Syarikat dan mengeluarkan Syarikat dari senarai sekiranya: (i) (ii) (iii) Syarikat gagal mengemukakan rancangan penyusunan semula kepada pihak berkuasa kawal selia pada atau sebelum 30 Jun 2016; Syarikat gagal mendapatkan kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang diperlukan bagi pelaksanaan rancangan penyusunan semula; dan Syarikat gagal melaksanakan rancangan penyusunan semula dalam tempoh masa atau tempoh masa lanjutan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kawal selia. Jika berlaku mana-mana kejadian yang ditetapkan dalam (i) hingga (iii) di atas, Bursa Securities akan menggantung perdagangan sekuriti tersenarai syarikat pada hari pasaran seterusnya selepas lima (5) hari pasaran dari tarikh pemberitahuan penggantungan oleh Bursa Securities dan mengeluarkan Syarikat daripada senarai, tertakluk kepada hak Syarikat untuk membuat rayuan terhadap pengeluarannya daripada senarai. (b) Pada 20 Mei 2015, MAA Corporate Advisory Sdn Bhd ( MAACA ), anak syarikat milik penuh MAA Corporation Sdn Bhd ( MAA Corp ), yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh Syarikat, melupuskan seluruh kepentingan ekuiti yang dipegang olehnya dalam anak syarikat tidak aktif, MAACA Corporate Services Sdn Bhd ( MAACACS ) yang telah menamatkan operasi untuk jumlah pertimbangan tunai RM10, yang diperolehi nilainya secara sukarela oleh pembeli dan penjual selepas mengambil kira aset bersih MAACACS pada 30 April 2015 yang bernilai RM10. (c) Pada 16 Jun 2015, Syarikat mengumumkan bahawa Bank Negara Malaysia ( BNM ) menerusi suratnya bertarikh 15 Jun 2015 telah menyatakan bahawa BNM pada asasnya tidak mempunyai bantahan terhadap langkah Syarikat, Solidarity Group Holding BSC (Ditutup) ( Solidarity ) (yang memegang kepentingan ekuiti 25% dalam MAA Takaful Berhad ( MAA Takaful )) dan Zurich untuk memulakan perbincangan bagi cadangan pelupusan 100% kepentingan ekuiti yang dipegang dalam MAA Takaful ( Cadangan Pelupusan ). Syarikat, Solidarity dan Zurich perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian Kewangan ( KK ), berasaskan cadangan BNM, menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebelum mengikat sebarang perjanjian untuk melaksanakan Cadangan Pelupusan tersebut. Pada 30 November 2015, Syarikat mengumumkan bahawa ia telah mengemukakan permohonan bersama dengan Solidarity dan Zurich kepada BNM untuk kelulusan KK menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengikat perjanjian bagi Cadangan Pelupusan tersebut. Permohonan ini masih dikaji oleh BNM. (d) (e) Pada 8 September 2015, MAA Corp dan eprotea MSC Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Finexus Sdn Bhd) ( Pembeli ) telah membuat Perjanjian Jualan Saham ( SSA ) bersyarat bagi cadangan pelupusan seluruh modal saham terbitan MAA Cards Sdn Bhd ( MAA Cards ) ( Saham Jualan ). Penyempurnaan SSA adalah antara lain bergantung kepada pihak-pihak yang berkenaan mendapatkan semua kebenaran, kelulusan dan pelepasan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kawal selia bagi pemerolehan Saham Jualan oleh Pembeli. Tertakluk kepada penunaian syarat yang ditetapkan di bawah SSA dan selepas penyempurnaan pelupusan, MAA Cards tidak lagi menjadi anak syarikat milik Kumpulan. Jumlah pertimbangan bagi Saham Jualan adalah nilai agregat antara RM1,000,000 dan jumlah bersamaan nilai aset semasa terakhir MAA Cards pada tarikh penyempurnaan. Pada 21 Mac 2016, Syarikat mengumumkan bahawa BNM menerusi surat bertarikh 18 Mac 2016, memberikan kelulusan bagi cadangan pelupusan MAA Cards. Kumpulan telah menyempurnakan pelupusan pada 31 Mac Pada 14 September 2015, Syarikat mengumumkan bahawa PT MAA General Assurance ( PT MAAG ), anak syarikat MAA International Assurance Ltd telah menerima surat bertarikh 10 September 2015 daripada Otoritas Jasa Keuangan ( OJK ), iaitu Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia, memaklumkan PT MAAG bahawa lesen operasinya telah dibatalkan berkuat kuasa 3 September OJK melaksanakan tugas kawal selia dan pengawasan terhadap kegiatan perkhidmatan kewangan termasuk kegiatan insurans di Indonesia. Berasaskan terma dan syarat yang terkandung dalam surat tersebut, PT MAAG disyaratkan untuk melantik pembubar atau membentuk pasukan pembubar dalam masa 30 hari dari tarikh surat pembatalan tersebut. PT MAAG telah mengemukakan permohonan kepada OJK untuk lanjutan masa sehingga November 2015 untuk melantik pembubar. Pada 30 September 2015, PT MAAG meluluskan resolusi ahli untuk meluluskan penutupan dan pembubaran syarikat tersebut. Pada 1 Disember 2015, Tuan Dharma Azhar Damanik, S.H. dan Tuan Romanus Muda Kota, S.H. dari Peguam SRD & Co telah dilantik sebagai pembubar untuk menyelaraskan proses pembubaran sukarela PT MAAG. Berikutan pelantikan pembubar, Syarikat telah melepaskan kawalan dan penglibatan dalam operasi dan hal-ehwal kewangan PT MAAG kepada para pembubar. Oleh yang demikian, PT MAAG telah tidak lagi menjadi anak syarikat berkuat kuasa dari 1 Disember 2015 dan telah dipisahkan daripada penyata kewangan disatukan kumpulan pada tarikh tersebut. Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, tiada cadangan korporat lain yang telah diumumkan tetapi belum disempurnakan pada tarikh laporan. 25 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Meneruskan usaha pada tahun-tahun lepas, Kumpulan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat menerusi Yayasan Kebajikan MAA Medicare dan juga sokongannya terhadap Yayasan Kebajikan Budimas. Yayasan Kebajikan MAA Medicare menyediakan rawatan dialisis buah pinggang berkualiti pada kadar tersubsidi untuk golongan miskin di seluruh negara, dan kini dalam usaha membuka sebuah kemudahan jantung untuk menyediakan rawatan sakit jantung untuk orang miskin. Buat masa ini, lebih 800 pesakit kurang bernasib baik sedang dirawat oleh badan kebajikan tersebut. Yayasan Kebajikan Budimas menjaga kebajikan kanak-kanak miskin dan kurang bernasib baik di seluruh negara. Buat masa ini, badan amal tersebut menguruskan sebuah rumah kebajikan yang boleh menampung 150 penghuni, menyalurkan bantuan kewangan kepada rumah kebajikan lain yang menjaga kira-kira 1,000 kanak-kanak, menyediakan sarapan di sekolah-sekolah tempatan untuk 5,000 kanakkanak kurang bernasib baik, dan menubuhkan 8 buah perpustakaan di perkampungan Orang Asli. Butiran mengenai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan dibincangkan secara berasingan dalam halaman yang dilampirkan. Kumpulan sentiasa komited terhadap usahanya untuk menjadi warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab. PERKEMBANGAN INDUSTRI Pada 2015, BNM terus melaksanakan garis panduan dan dasar baru untuk mengawal selia industri, antaranya termasuk: Pengenalan Produk Baru oleh Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful dengan matlamat untuk mempercepatkan masa ke pasaran bagi produk baru atau melaksanakan perubahan kepada produk sedia ada, menggalakkan pengurusan risiko mantap dalam pembangunan, tawaran dan pemasaran produk insurans baru dan menunaikan kewajipan sebagai pemegang amanah pelanggan. Pengurusan Perniagaan Hayat Penyertaan menetapkan keperluan bagi pengurusan berkesan perniagaan hayat penyertaan untuk menggalakkan kelangsungan perniagaan dan melindungi kepentingan pemegang polisi berkaitan bayaran manfaat, pindaan bonus, peruntukan perbelanjaan, pengurusan aset dll. Rangka Kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan pasaran yang lebih kompetitif disokong oleh tahap profesionalisme dan ketelusan lebih tinggi dalam penyediaan produk dan perkhidmatan Takaful. Inisiatif khusus termasuk pertama sekali penepian had kos operasi, kedua pemelbagaian saluran pengedaran dan ketiga mengukuhkan amalan pasaran untuk menambah baik perlindungan pengguna. Inisiatif tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dari akhir Disember 2015 hingga Pemberian Kemudahan Kredit menetapkan keperluan yang perlu dipatuhi bagi pemberian kemudahan kredit oleh pengendali Insurans dan Takaful. Malah pada 2015, BNM telah mengeluarkan beberapa kertas konsep bagi pengendali Takaful. Antaranya termasuk Proses Penilaian Kecukupan Modal Dalaman bagi Pengendali Takaful, Wakalah dan Qard dll, untuk maklum balas industri. Semua cadangan yang bakal dikemukakan ini, apabila dilaksanakan ternyata akan mengubah cara sektor Takaful menjalankan perniagaannya di Malaysia. Di peringkat luaran pula, dalam Maklum Balas kepada Kertas Rundingan terhadap Rangka Kerja Kecukupan Modal Insurans ( ICAF ) yang dikeluarkan pada Julai 2014 oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan ( Labuan FSA ), berasaskan maklum balas yang diterima daripada peserta industri, Labuan FSA akan terus merangka dan memuktamadkan garis panduan ICAF mengikut fasa dengan pelaksanaan penuh ICAF Insurans pada 2018 dan ICAF Takaful pada PROSPEK Pada 28 Januari 2016, kerajaan Malaysia mengumumkan Pindaan Bajet 2016 di mana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2016 telah dipinda kepada 4.0% hingga 4.5% berbanding unjuran 4.0% dan 5.0% yang dibuat sebelum ini, sambil meramalkan bahawa ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar lebih perlahan ekoran ketidakpastian prospek pertumbuhan global dan kemerosotan harga tenaga. Kumpulan akan terus menghadapi persaingan sengit dalam persekitaran operasi Takaful memandangkan peraturan baru yang dikuatkuasakan, menyaksikan pihak berkuasa kawal selia mengetatkan lagi piawaian teliti dan inisiatif liberalisasi pasaran. Walau apa pun, Kumpulan akan meneruskan usaha untuk melaksanakan rancangan tindakan pengurusan untuk meluaskan perniagaan sedia ada dan menambah keuntungan. Mengenai status PN17 Syarikat, memang menjadi hasrat Lembaga Pengarah untuk mengekalkan status penyenaraian Syarikat. Justeru, Syarikat kini sedang dalam proses menyediakan rancangan penyusunan semula yang mengambil kira kesan cadangan pelupusan MAA Takaful untuk dikemukakan kepada Bursa Securities. Annual report 2015 MAA GROUP BERHAD 26 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Pengurusan dan Kakitangan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka untuk memastikan pertumbuhan dan kejayaan berterusan Kumpulan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kami kepada pelanggan, ejen, sekutu perniagaan dan pemegang saham kami yang dihargai atas sokongan, keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kami selama ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya dalam Lembaga Pengarah kerana sumbangan mereka kepada Kumpulan. TUNKU DATO YAACOB KHYRA Pengerusi Eksekutif
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks