Bab 2sorotan Kajian

Please download to get full document.

View again

of 13
2 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
bab 2 sorotan kajian
Document Share
Document Tags
Document Transcript
  11 BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan tentang kesan penggunaan bahan multimedia dengan penerapan nilai murni dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Dalam bab 2 ini juga, penyelidik akan mengkaji dua teori yang berkaitan dengan kajian ini iaitu teori pembelajaran manusia „Con of oleh Edgard Dale dan teori pelaziman operan B. F. Skinner. Penyelidik akan mengaitkan kedua-dua teori tersebut dalam kerangka teoritikal kajian. Selain itu, penyelidik akan membincangkan beberapa kajian lepas dari dalam dan luar negara. Penyelidik turut akan mengaitkan kajian lepas dalam kerangka konseptual kajian. 2.2 Sorotan Literatur Umum 2.2.1 Teori Pembelajaran Manusia - ‘ Con of Experience’    Teori  pembelajaran manusia yang disebut sebagai „ Cone of Experience‟   (Kon Pengalaman) telah diasaskan oleh Edgard Dale (1946). Dale telah mengemukakan teori yang memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam  proses pengajaran dan pembelajaran dapart mengubah kefahaman murid daripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurut Edgar Dale, 1969 (dalam Noriati A. Rashid, 2009) pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang absrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstak berkenaan. Menurutnya,  penggunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan pengurusan  pelajar. Berikut merupakan paparan kon pengalaman Edgar Dale (1969) yang  12 menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau sepanjang proses  pengajaran dan pembelajaran. Rajah 1: Kon pengalaman Edgar Dale (1969) Berdasarkan apa yang dinyatakan berdasarkan Kon Pengalaman Dale,  bahan bantu mengajar telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: i)   Bahan-bahan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman,  piring hitam, CD, komputer, radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. ii)   Bahan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flannel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. Bahasa Simbol visual Gambar statik, rakaman video Gambar  bergerak/televisyen Pameran Kajian lapangan Tunjuk cara Pengalaman lakonan Pengalaman tiruan Pengalaman langsung  13 iii)   Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek,  pameran, bahan maujud dan sebagainya. Berdasarkan Kon Pengalaman Dale, dapat dikenalpasti bahawa ianya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu bermula daripada penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. Pemeringkatan ini bermula daripada sesuatu yang bersifat konkrit kepada abstrak dan setiap peringkat dalam kon tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. Ianya terdiri daripada; i)   Peringkat Penglibatan Peringkat yang pertama ialah penglibatan yang membabitkan pengalaman konkrit. Oleh hal yang demikian dapatlah dilihat bahawa pengalaman konkrit atau pengalaman sebenar menjadi asas permulaan dengan penglibatan murid itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman tiruan atau pengalaman melalui lakonan atau drama. Sebagai contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu yang bertemakan pertanian,  bahan bantu mengajar yang boleh digunakan adalah media tayang yang akan mempamerkan cara-cara untuk menanam sayur dan  penggunaan bahan maujud untuk dijadikan media pengajaran. Justeru, murid-murid akan mendapat pengalaman apabila mereka dapat merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya menggunakan pancaindera dalam melakukan aktiviti seperti yang dilihat melalui video yang telah ditonjolkan. Aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. ii)   Peringkat Pemerhatian Peringkat pemerhatian pula menunjukkan bahawa  pengalaman konkrit akan semakin berkurangan sejajar dengan  peranan murid sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar  berkurangan. Pada peringkat ini, murid bertindak sebagai  14  pemerhati terhadap peristiwa sebenar sesuai dilaksanakan dalam  bentuk lawatan, tunjuk cara, pameran, gambar bergerak seperti televisyen dan gambar kaku seperti filem. Lazimnya, pengajaran  berbentuk multimedia masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan murid untuk memahami konsep kerana strategi pengajaran yang dijalankan masih lagi berpusatkan murid. Kedua-dua peringkat ini iaitu penglibatan dan pemerhatian diaplikasikan secara beransur-ansur kerana ianya bersesuaian dengan pemerolehan objektif pembelajaran yang kandungan amat sedikit atau tidak diketahui oleh murid. Selaras dengan era teknologi maklumat, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti cakera padat, video dan multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan  persekitaran pembelajaran yang positi dan kondusif. iii)   Peringkat Persimbolan Peringkat tertinggi dalam Kon Pengalaman Dale ialah peringkat  persimbolan iaitu yang paling abstrak. Dalam hal ini, murid akan mengalami pengalaman yang abstrak iaitu mereka mentafsir simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa tersebut. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran konvensional yang amat menitikberatkan teks. Segala perancangan yang direncanakan sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun mendapat risiko. Lazimnya, murid akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka masih belum mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut. Oleh yang demikian, semakin  banyak penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual), semakin ia disifatkan sebagai “fast but risky” . Konklusinya, berdasarkan Kon Pengalaman Dale, objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit.. Hal ini telah dijelaskan oleh Dale
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks