AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT

Please download to get full document.

View again

of 17
41 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
PERJANJIAN AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT antara INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. ( U) dan ASROL SANI BIN ABDUL RAZAK No KP: bertarikh 13 Mac 2018 PENDAHULUAN Perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat
Document Share
Document Transcript
PERJANJIAN AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT antara INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. ( U) dan ASROL SANI BIN ABDUL RAZAK No KP: bertarikh 13 Mac 2018 PENDAHULUAN Perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat (selepas ini dirujuk sebagai AKUJANJI ) dipersetujui oleh dan dimeterai di antara INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. ( U), sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia dan beroperasi di pejabat utama yang beralamat 35-1, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai INVOKE ) di satu pihak; DAN Asrol Sani Bin Abdul Razak, No KP: yang beralamat di 524, Permatang Kuang, Penaga, Pulau Pinang (selepas ini dirujuk sebagai YANG BERKHIDMAT ) di satu lagi pihak; berhubung satu perjanjian di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT mengenai perkhidmatan kempen (selepas ini dirujuk sebagai KHIDMAT KEMPEN dan seperti tafsiran di dalam AKUJANJI ini) yang dibekalkan oleh INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT, yang mana: A. YANG BERKHIDMAT adalah seorang rakyat Malaysia yang layak untuk menyertai pertandingan politik bagi jawatan-jawatan awam yang diperuntukkan di bawah undangundang Malaysia di dalam Pilihanraya Umum ke-14 (selepas ini dirujuk sebagai PERTANDINGAN ) dan berhasrat untuk menyertai PERTANDINGAN; B. INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN dengan menggunakan sumbernya dan kepakarannya sebagai khidmat sokongan membantu kempen PERTANDINGAN yang akan, sedang dan/atau telah disertai YANG BERKHIDMAT bagi tujuan meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang di dalam PERTANDINGAN; dan C. Sebagai pertukaran kepada KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan oleh INVOKE untuk membantu kempen PERTANDINGAN itu, YANG BERKHIDMAT bersetuju kepada syarat-syarat yang mengikat dan sah di sisi undang-undang untuk satu tempoh seperti yang dipersetujui di dalam AKUJANJI ini. Bahawasanya INVOKE dan YANG BERKHIDMAT dengan ini saling bersetuju dengan semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI dan dengan ini, terikat kepada semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI ini. Mukasurat 1 dari 16 FASAL 1: MAKNA DAN TAFSIRAN 1.1 Perkataan-perkataan yang digunakan di dalam keseluruhan AKUJANJI mempunyai makna dan tafsiran seperti berikut: Biayaramai BN Dana Pilihanraya Jam Kempen bermakna perolehan dari jualan perkhidmatan padanan khidmat sukarelawan yang dilanggan oleh orang ramai melalui sistem INVOKE; bermakna Barisan Nasional; bermakna dana tunai yang dikumpulkan oleh INVOKE untuk diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT khusus untuk mengendalikan operasi kempen di kawasan PERTANDINGAN semasa tempoh berkempen rasmi yang diumumkan iaitu dari tarikh pembubaran Parlimen kepada saat keputusan diumumkan; tidak termasuk semua kos-kos lain yang membiayai KHIDMAT KEMPEN yang ditanggung secara berterusan oleh INVOKE tanpa menyentuh dana tunai ini; bermakna masa yang dihabiskan menjalankan apa-apa aktiviti kempen (dalam ukuran jam dan dibundarkan kepada jam terdekat) didarab dengan jumlah sukarelawan atau jentera kempen yang terlibat di dalam aktiviti kempen itu (mengikut konsep manhours seperti yang digunakan di dalam industri); Kajiselidik bermakna keseluruhan proses mengenalpasti kecenderongan kumpulan yang diselidiki terhadap sesuatu perkara, meliputi penyediaan data, proses mendapatkan maklum balas dari pengundi, pemprosesan data dan maklum balas dari kajian serta memuktamadkan dapatan berasaskan maklum balas dari kajian; Kempen Leaderboard bermakna sebarang dan/atau semua aktiviti, acara, promosi, bahan media, siaran, percetakan atau apa-apa yang fungsinya menyampaikan maklumat mengenai YANG BERKHIDMAT kepada mana-mana pihak; bermakna sistem yang dibangunkan oleh INVOKE menggunakan kaedah analisa data besar ( big data analytics ) yang memberi markah kepada setiap tindakan, masa atau apa-apa ukuran perkara yang mempengaruhi kecenderongan pengundi dan Mukasurat 2 dari 16 meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN, yang dirumuskan dalam bentuk carta mingguan dan/atau bulanan; Memorandum Pertubuhan Pengisytiharan Harta bermakna Memorandum and Article of Association (M&A) yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai latar belakang, syarat-syarat penting penubuhan dan operasi perniagaan INVOKE; bermakna satu akuan berkanun yang diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di dalam format yang ditentukan INVOKE yang dibuat oleh YANG BERKHIDMAT bagi tujuan menyenaraikan kesemua harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; Penggal bermakna satu tempoh Parlimen selepas satu pilihanraya umum ke satu pilihanraya umum yang berikutnya; Pentadbir Perlembagaan PH PRU14 Pusat Telekomunikasi INVOKE Sasaran mikro Bermakna seorang peguam yang berdaftar dan diterima oleh mahkamah-mahkamah tinggi Malaysia, yang dilantik untuk mengendalikan pencalonan dan pelantikan ahliahli lembaga amanah Tabung Awam seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4; bermakna Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan mengambil kira semangat, niat dan tujuan Perlembagaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 semasa pembentukan Persekutuan Malaysia; bermakna Pakatan Harapan; bermakna Pilihanraya Umum ke-14 seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya; bermakna keseluruhan data, kelengkapan, kakitangan dan kemahiran yang membolehkan INVOKE menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas/maklumat lain dari mana-mana kumpulan, meliputi pusat tele-panggilan berkomputer, sistem maklum balas berasaskan interaktif suara (atau Interactive Voice Response ) dan mana-mana kemudahan yang seumpamanya; bermakna kaedah menghantar maklumat melalui pelbagai cara dan medium (contohnya melalui media sosial, emel, whatsapp, pos biasa dan lain-lain) terus kepada seorang pengundi, yang mana maklumat itu telah pun disesuaikan terlebih dahulu mengikut ciri-ciri peribadi dan kecenderongan pengundi itu; Mukasurat 3 dari 16 Sistem bermakna semua data, aplikasi, perisian, kaedah, buku, panduan atau apa-apa bahan khusus, sama ada secara perisian atau kelengkapan, sama ada bercetak atau tidak, sama ada elektronik atau tidak, yang digunakan oleh INVOKE untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN; Sukarelawan bermakna individu yang telah mendaftar dengan INVOKE melalui apa-apa kaedah yang butiran (individu itu) ada di dalam sistem INVOKE; Tabung Awam Tahun UMNO bermakna sebuah tabung awam yang ditubuhkan khusus untuk menerima sebarang bayaran akibat pelanggaran AKUJANJI seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4; bermakna satu tahun kalendar; bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu; 1.2 Kecualilah dinyatakan secara jelas dan tersendiri, makna dan tafsiran perkataanperkataan, frasa-frasa dan ayat-ayat di dalam AKUJANJI adalah tertakluk kepada panduan tafsiran umum seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Rujukan kepada individu turut merujuk kepada kumpulan individu yang sama dan saling terpakai di antara satu sama lain. Contohnya rujukan kepada YANG BERKHIDMAT sebagai seorang ahli politik turut merujuk kepada kumpulan ahli politik yang mana YANG BERKHIDMAT mempunyai persamaan seperti ahli politik dari parti yang sama, gabungan yang sama, pendirian yang serupa dan seumpamanya. AKUJANJI ditulis dengan berlatar belakangkan senario politik terkini di Malaysia dan sebarang tafsiran mestilah mengambil kira konteks tersebut. Tajuk, nombor, perenggan, huruf besar/kecil dan sebarang olahan yang menampilkan AKUJANJI di dalam bentuk yang ada seperti ini hanyalah digunakan untuk memudahkan bacaan. Sebarang tafsiran mestilah mengambil kira keseluruhan perkataan dan ayat yang dibaca menggunakan latar belakang dan konteks seperti (b) di atas. Tafsiran bagi teknologi, bahan, kejadian atau perkara yang bersabit dengan teknologi dan aplikasi yang menjadi sebahagian dari KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan, turut merangkumi sebarang teknologi dan aplikasi yang belum wujud, atau belum dikembangkan sepenuhnya semasa AKUJANJI ditandatangani tetapi dibekalkan sebagai KHIDMAT KEMPEN selepas itu. Mukasurat 4 dari 16 (e) (f) Jika tiada perkataan atau frasa khusus di dalam Bahasa Melayu yang menggambarkan sebarang perkara yang tergolong di dalam mana-mana bahagian di dalam AKUJANJI ini atas dasar teknologi, tafsiran boleh merujuk kepada Bahasa Inggeris dengan bersandarkan konteks AKUJANJI ini. Sebarang perkembangan politik yang berlaku selepas tarikh AKUJANJI ini ditandatangani hendaklah ditafsirkan dengan bersandarkan niat, tujuan dan konteks AKUJANJI ini bagi tujuan menentukan kesan perkembangan politik itu kepada persetujuan-persetujuan di dalam AKUJANJI ini. FASAL 2: PIAGAM REFORMASI DAN TANGGUNGJAWAB YANG BERKHIDMAT 2.1 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk memperjuangkan reformasi menyeluruh ke arah melahirkan satu bangsa Malaysia yang adil, terangkum, saling menghormati, saling membantu dan saling memahami. 2.2 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk memupuk semangat kebebasan yang mengembalikan kuasa dan kemerdekaan kepada rakyat terbanyak. 2.3 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangi akibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalangan orang awam, untuk mengusahakan reformasi-reformasi khusus dalam kerajaan dan masyarakat Malaysia seperti berikut: (a) (b) Mengembalikan dasar, amalan dan prosedur semua jabatan kerajaan untuk menghidupkan kembali sebuah kerajaan (di semua peringkat) yang berteraskan amanah, kecekapan dan nilai tambah kepada rakyat seiring dengan matlamat Perlembagaan; Membebaskan semua institusi yang ditubuhkan untuk mengimbangi kuasa eksekutif (termasuklah badan kehakiman, kuasa pendakwaan negara, pasukan keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, agensi pencegahan rasuah/salah guna kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Mukasurat 5 dari 16 Rasuah Malaysia dan/atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa seperti itu dalam apa-apa bidang, majlis-majlis agama Islam dan/atau mana-mana institusi ulama yang ditubuhkan bagi tujuan mentadbir urusan agama Islam secara bebas, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan mana-mana badan yang penubuhannya bertujuan memberi kuasa pengimbang kepada kuasa eksekutif) dari campur tangan eksekutif atau mana-mana pihak berkepentingan, agar institusi-institusi ini dapat menjalankan amanah mereka dengan bebas, saksama, tanpa rasa takut atau dipengaruhi oleh pihak-pihak lain bermatlamatkan kepentingan rakyat dan negara semata-mata; (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Menghadkan penggal perkhidmatan seorang Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja; Memisahkan jawatan dan fungsi seorang Perdana Menteri dari seorang Menteri Kewangan (atau mana-mana anggota Jemaah Menteri yang bertanggungjawab menguruskan kewangan dan perbendaharaan negara); Mengembalikan kebebasan tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan untuk menghidupkan kembali budaya satu cabang kerajaan saling menyemak kuasa yang digunakan cabang-cabang kerajaan yang lain; khususnya dengan meningkatkan pengaruh dan kuasa Parlimen melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Terpilih untuk menyemak tindakan dan prestasi eksekutif dan agensi-agensi kerajaan yang lain; Membebaskan pilihanraya di semua peringkat dari segala amalan yang berat sebelah kepada satu pihak yang menidakkan hak rakyat untuk memilih penjawat awam mengikut lunas dan tatacara demokrasi yang diterima pakai mengikut piawai negara-negara bertamadun tinggi; Membebaskan media dan sebaran maklumat dari sebarang sekatan yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan politik rakyat dengan matlamat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dalam membuat keputusan berasaskan maklumat yang benar, adil dan tepat; khususnya menaiktaraf Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada sebuah suruhanjaya penyiaran bebas yang dibiayai oleh kerajaan melalui Parlimen tetapi tidak tertakluk kepada arahan kerajaan; Mengembalikan kegemilangan pendidikan negara dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pasca ijazah dengan menitikberatkan pemupukan nilai-nilai berdikari, ingin tahu, bersikap adil, saling memahami dan rajin berusaha ke arah melahirkan insan seimbang yang mencapai potensi masing-masing mengikut bakat, minat dan usaha; dan Membangunkan sebuah ekonomi yang saling berlaku adil kepada golongan yang menyediakan modal, golongan pekerja, golongan pengguna dan kerajaan ke arah Mukasurat 6 dari 16 melahirkan masyarakat sejahtera yang dibina di atas perkongsian laba ekonomi yang adil di antara majikan/pekerja dan pertumbuhan ekonomi yang kekal baik bagi satu tempoh yang panjang. 2.4 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membuat Pengisytiharan Harta setiap tahun di dalam penggal Parlimen yang mana YANG BERKHIDMAT memegang jawatan awam hasil dari PERTANDINGAN dan/atau sepanjang tempoh AKUJANJI ini berkuatkuasa, tertakluk kepada tempoh mana yang lebih panjang. 2.5 YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa Pengisytiharan Harta itu akan dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumat bagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat Pengisytiharan Harta itu. 2.6 YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa sebarang maklumat berkenaan KHIDMAT KEMPEN, PERTANDINGAN atau prestasinya sebagai penjawat awam berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 boleh dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumat bagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat sebaran maklumat itu, kecuali (jika) maklumat-maklumat itu tidak tepat, salah dan tidak benar sehingga memberi gambaran yang salah mengenai pendirian dan prestasi YANG BERKHIDMAT berhubung perkara-perkara di dalam Fasal YANG BERKHIDMAT bersetuju memberi kebenaran kepada INVOKE untuk menggunakan sebarang maklumat berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 bagi tujuan KHIDMAT KEMPEN dan tujuan-tujuan yang tertakluk kepada AKUJANJI ini. 2.8 YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk mematuhi semua syarat kerahsiaan maklumat (yang terkandung di dalam AKUJANJI dan/atau mana-mana perjanjian kerahsiaan yang lain yang dipersetujui dengan INVOKE) untuk tidak mendedahkan atau berkongsi sebarang maklumat yang diperolehi dari INVOKE sama ada yang melibatkan AKUJANJI ini secara langsung atau tidak langsung, tidak kira sama ada maklumat itu disampaikan secara sengaja atau tidak sengaja. FASAL 3: KHIDMAT KEMPEN DAN TANGGUNGJAWAB INVOKE 3.1 INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN untuk membantu YANG BERKHIDMAT memenangi PERTANDINGAN tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membayar sejumlah RINGGIT MALAYSIA SEPULUH SAHAJA (RM10.00) sebagai balasan atas KHIDMAT KEMPEN itu. 3.2 Secara khususnya, INVOKE bersetuju mengusahakan KHIDMAT KEMPEN secara munasabah mengikut sumber dan kemampuan yang ada pada masa itu untuk Mukasurat 7 dari 16 memperbaiki kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam semua dan/atau sebarang kerusi yang beliau tandingi di dalam PRU Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN merujuk kepada keseluruhan peringkat kempen iaitu dari peringkat perancangan, penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan; iaitu dari menyediakan tenaga kerja, menyediakan bahan, menyebarkan bahan kempen, mengusahakan aktiviti kempen, merekrut sukarelawan, memantau sokongan sehinggalah mewakili YANG BERKHIDMAT di peringkat pengiraan undi. 3.4 KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT merangkumi kempen berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengukur kecenderongan pengundi bagi tujuan mengenal pasti tahap sokongan pengundi kepada YANG BERKHIDMAT di dalam PERTANDINGAN; Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengenal pasti kempen yang membantu meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN; Khidmat kajiselidik menggunakan Pusat Telekomunikasi INVOKE bagi tujuan kajiselidik pengundi, mobilisasi sukarelawan dan mobilisasi pengundi; Penggunaan sistem INVOKE untuk merekrut sukarelawan dan memadankan sukarelawan dengan aktiviti kempen yang paling sesuai dengan kelapangan, tempat dan latar belakang sukarelawan; Penggunaan sistem INVOKE untuk membolehkan maklumat dan bahan kempen disampaikan secara sasaran mikro kepada pengundi; Khidmat kandungan kreatif untuk membolehkan bahan kempen YANG BERKHIDMAT disediakan di dalam pelbagai bentuk media mengikut piawai penjenamaan kempen; Mengenalpasti, merekrut, melatih, mensijilkan dan menggerakkan sukarelawan untuk menjadi Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Kiraan Undi ( PACA ) dan mewakili YANG BERKHIDMAT di tempat-tempat mengundi pada hari pengundian PERTANDINGAN; Menggunakan sistem INVOKE untuk menganjurkan biayaramai atau majlis kutipan dana yang bersesuaian seperti yang ditetapkan oleh INVOKE untuk membiayai KHIDMAT KEMPEN; dan Mana-mana bentuk kempen yang dirasakan sesuai dan munasabah mengikut kemampuan dan sumber yang ada pada INVOKE pada ketika itu. Mukasurat 8 dari 16 3.5 Sebarang perolehan dari Fasal 3.4(h) adalah milik INVOKE sepenuhnya dan boleh digunakan bagi tujuan membiayai KHIDMAT KEMPEN atau kos operasi INVOKE atau apa-apa tujuan lain selagi ia tidak melanggar Memorandum Pertubuhan. 3.6 INVOKE bersetuju mengusahakan Dana Pilihanraya berjumlah maksimum Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja (RM20,000.00) bagi YANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkat kerusi Dewan Rakyat; dan maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja (RM10,000.00) bagi YANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkat kerusi dewan-dewan undangan negeri. 3.7 Jumlah sebenar Dana Pilihanraya yang diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT, tertakluk kepada jumlah maksimum seperti yang ditetapkan di dalam Fasal 3.6 di atas, adalah bergantung kepada perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) Kedudukan terkini kewangan INVOKE dan kejayaan program-program biayaramai dan mengumpul dana yang dijalankan oleh INVOKE; Prestasi usaha kempen yang dijalankan oleh YANG BERKHIDMAT bermula dari tarikh AKUJANJI berkuatkuasa sehingga ke hari Parlimen dibubarkan (atau apaapa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE), yang dimarkahkan dan dijumlahkan mengikut sistem Leaderboard yang memantau berapa banyak Jam Kempen dan keberkesanan kempen yang dijalankan; dan Keutamaan yang diberikan kepada kerusi-kerusi yang lebih mendesak keperluan kewangannya apabila dibandingkan dengan kedudukan kewangan YANG BERKHIDMAT, setelah dipersetujui bersama di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT. 3.8 INVOKE bersetuju mengusahakan secara munasabah untuk memadankan jumlah sumber dalam bentuk masa, kewangan dan bahan yang diberikan kepada YANG BERKHIDMAT melalui KHIDMAT KEMPEN mengikut panduan-panduan berikut: (a) (b) (c) Setiap Jam Kempen menyumbang kepada markah keseluruhan YANG BERKHIDMAT di dalam sistem Leaderboard; Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasa ke semasa dengan bahan-bahan kempen seperti risalah, kad, poster, butang kempen atau mana-mana bahan kempen yang disediakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE; dan Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasa ke semasa dengan peruntukan wang tambahan bagi tujuan sasaran mikro yang dibayar kepada Facebook atau mana-mana medium lain yang digunakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE. Mukasurat 9 dari 16 3.9 KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan kepada YANG BERKHIDMAT tidak memberi apaapa jaminan keputusan PERTANDINGAN adalah seperti yang dikehendaki YANG BERKHIDMAT. INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku (sama ada seca
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks