747569Perintah Tetap Petroleum Bil. 6 Bekalan bahan Bunkering (1).pdf

Please download to get full document.

View again

of 12
7 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
Perintah Tetap Petroleum
Document Share
Document Tags
Document Transcript
    PERINTAH TETAP PETROLEUMBILANGAN 6RUJUKAN :KE.HF(88)669/30(38)PEMBEKALAN BAHANPETROLEUM UNTUKBUNKERINGTARIKH : 30 DISEMBER1999 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA  PERINTAH TETAP PETROLEUMBILANGAN 6MUKA SURAT : 1/8RUJ. : KE.HF(88)669/30(38)   PEMBEKALAN BAHAN PETROLEUMUNTUK BUNKERINGTARIKH : 30 DISEMBER 1999   1. PENDAHULUAN 1.1. Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai'shipping hub' dan pusat bunkering yang terpenting di rantau ini sebagailangkah untuk mengurangkan defisit akaun semasa imbangan pembayaran.Sejajar dengan itu Kerajaan serta industri petroleum telah mengambil pelbagai langkah untuk memaju dan memperluaskan lagi fasiliti perkapalandan bunkering seperti mendirikan sebuah pusat bunkering yang besar dengan terminal-terminal baru di Pelabuhan Barat (Westport) sebagai satu'complimentary development effort'. Bagi menggalakkan pertumbuhansektor perkapalan di negara ini, kemudahan pengecualian cukai ke atas bunkering iaitu minyak diesel dan minyak pelincir yang dahulunya hanyadinikmati oleh kapal-kapal dalam pelayaran antarabangsa telah di perluaskan kepada kapal-kapal domestik. Bot-bot nelayan juga telah berikemudahan pengecualian cukai ke atas bunkering bagi mengurangkan kos pembiayaan penangkapan ikan dan membendung inflasi. 2. TUJUAN 2.1. Perintah Tetap ini adalah bertujuan untuk menetapkan :-2.1.1. satu prosedur yang seragam yang perlu diikuti dalam pemberian bekalan bunkering petroleum; dan2.1.2. langkah-langkah kawalan yang perlu diambil dalam melaksanakan pemberian bekalan ini. 3. SKOP 3.1. Perintah tetap ini digubal bagi memenuhi peruntukan-peruntukan perundangan seperti berikut :3.1.1. Seksyen 48(2), Akta Kastam 1967; dan3.1.2. Butiran 106 dan 107, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian)1980(Jadual B). 4. PERATURAN-PERATURAN 4.1 KELAYAKAN    PERINTAH TETAP PETROLEUMBILANGAN 6MUKA SURAT : 2/8RUJ. : KE.HF(88)669/30(38)   PEMBEKALAN BAHAN PETROLEUMUNTUK BUNKERINGTARIKH : 30 DISEMBER 1999   4.1.1. Kapal-kapal yang layak menerima bahan-bahan petroleum berduti untuk bunkering ialah :-a) Kapal-kapal yang belayar di antara pelabuhan-pelabuhan diMalaysia dengan pelabuhan-pelabuhan luar negara; b) Kapal-kapal yang belayar di antara Semenanjung Malaysiadengan Malaysia Timur, sekiranya dalam perjalanan tersebutia singgah di pelabuhan asing seperti Singapura atau dimana-mana pelabuhan di Indonesia. Bekalan bahan petroleum berduti hanya boleh diberi bagi perjalanan tersebut sahaja;c) Kapal nelayan laut dalam;d) Kapal-kapal asing di perjalanan antarabangsa;e) Kapal-kapal yang mengangkut kargo antara pelabuhan- pelabuhan tempatan;f) Bot-bot nelayan.4.1.2. Feri-feri penumpang, kapal-kapal pelayaran pelancongan, bot-bot pelancongan dan sebagainya yang membuat pelayaran di perairantempatan sahaja tanpa melibatkan persinggahan di pelabuhan asingtidak layak menerima kemudahan pengecualian cukai ke atas bunkering.4.2 PERMOHONAN 4.2.1. Sebelum sesebuah syarikat dibenarkan membekal petroleum untuk  bunkering, ianya hendaklah terlebih dahulu memperolehi lesen di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 dari KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.4.2.2. Kebenaran untuk membekal bahan petroleum bercukai hendaklahdiluluskan oleh Pengarah KastamNegeri secara bertulis dengansyarat-syarat berikut :-a) Pembekalan bahan petroleum bercukai hendaklahdiperolehi dari gudang berlesen di bawah Seksyen 65, AktaKastam 1967.  PERINTAH TETAP PETROLEUMBILANGAN 6MUKA SURAT : 3/8RUJ. : KE.HF(88)669/30(38)   PEMBEKALAN BAHAN PETROLEUMUNTUK BUNKERINGTARIKH : 30 DISEMBER 1999    b) Pemindahan minyak ke kapal hendaklah melalui baj,talian paip atau lori tangki yang diluluskan oleh Jabatan;c) Jaminan keselamatan berbentuk Jaminan Bank atau Bon Ammengikut budi bicara Pengarah Kastam Negeri bagimenjamin duti terlibat ;dand) Satu rekod pembekalan bahan petroleum hendaklahdisimpan dan diselenggarakan oleh pembekal sebagaimanayang ditentukan oleh Pengarah Kastam Negeri. Rekod inihendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kastam yang hak apabila dikehendaki untuk pemeriksaan.4.3 PROSEDUR KAWALAN PEMBEKALAN BUNKERING 4.3.1. Permohonan untuk mendapatkan petroleum berduti bagi bunkeringhendaklah dikemukakan kepada pegawai kanan yang menjaga stesen bersama dokumen-dokumen berikut:-4.3.1.1. Permohonan bekalan daripada ejen atau nakhodakapal;4.3.1.2. Surat Keterangan Muatan Tangki Minyak (Ship'sTank Capacity);4.3.1.3. Salinan Borang Kastam No. 8.4.3.1.4. Kapal-kapal yang mengangkut kargo antara pelabuhan-pelabuhan tempatan dan bot-bot nelayanyang memperolehi bekalan dari gudang petroleum berlesen di bawah Seksyen 65, Akta Kastamdikehendaki membuat permohonan di dalam BorangKastam No. 1/9 serta sijil tuntutan pengecualian yangditandatangani oleh pegawai yang diluluskan.4.3.2. Prosedur pendaftaran dan kawalan adalah seperti berikut:-4.3.2.1. Borang-borang Kastam No. 1/9 hendaklahdidaftarkan oleh Pembantu Penguasa Kastam dalam buku rekod pendaftaran yang berkenaan;
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks