44.pdf

Please download to get full document.

View again

of 14
0 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
Download 44.pdf
Document Share
Document Transcript
   Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 11-24     Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) Hamdi Bin Ishak Hamdii_i@yahoo.com Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia  Ab Halim Bin Tamuri abhalim@ukm.com Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia  Rosadah Binti Abdul Majid rosadah@ukm.my Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Safani Bin Bari safani@ukm.my Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia  ABSTRAK Murid bermasalah pendengaran perlu mendapat pendidikan sebagaimana kanak-kanak tipikal yang lain bagi membolehkan mereka memahami agama Islam dan tuntutan agama dan melaksanakannya dengan betul. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan menganalisis pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kepada murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Bermasalah Pendengaran). Model kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini adalah modifikasi model pengajaran dan pembelajaran oleh Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldun serta model pengajaran berkesan. Seramai empat orang guru Pendidikan Islam dari empat buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas masalah pendengaran dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi memperoleh data kajian melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen dikumpul dan diurus menggunakan perisisan Nvivo7. Kesahan data dilakukan secara memeriksa kesan penyelidik, triangulasi pelbagai sumber data, bertaklimat dengan rakan sejawat dan pengesahan daripada peserta kajian. Kebolehpercayaan data pula diperoleh melalui audit trail dan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan peserta kajian mempunyai latar belakang sebagai seorang guru Pendidikan Islam untuk pelajar tipikal, tetapi mereka menghadapi masalah dalam aspek pedagogi, pengetahuan dan kemahiran berkaitan keperluan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Dapatan juga menunjukkan peserta kajian merancang pengajaran menggunakan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Kebangsaan, tetapi berbeza dalam pelaksanaan yang berkaitan dengan pengubahsuaian dalam pengajaran. Kajian ini menunjukkan penambah baikan perlu dilakukan dalam aspek persekitaran tempat pengajaran, kedudukan susunan perabot, susunan murid dan  12  Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 11-24    kemudahan akustik. Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam serta menambah baik program latihan guru untuk guru pendidikan Islam bagi murid-murid bermasalah pendengaran. Kata kunci:  Amalan pengajaran, Pendidikan Islam, murid pendidikan khas, bermasalah pendengaran, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas  ABSTRACT The hearing disabled students should be taught Islamic Education so that they can understand the teaching of Islam and it’s obligations as other typical students. This study aimed to explore and analyze the implementation of teaching practices among the Islamic Education teachers to the hearing disabled students in the Special Education Schools. A modification of Imam al-Ghazali and Ibn Khaldun theoretical frameworks in methodology of teaching in Islamic education and Effective Teaching models was used for this study. Four Islamic Education teachers from four different schools were selected as the  participants of this study. The study used the case study design where the data were selected through observations, interviews and document analysis. Results from the interview, teaching observations and document analysis were managed and analyzed using Nvivo7. Data validity was carried out using researcher effects, triangulation from variety of sources, peer evaluation and reviews from the participants. Data reliability was obtained through the audit trail and Cohen Kappa agreement. Generally, these  finding suggested that the teachers had appropriate back ground, personality and training as Islamic education teachers for typical students, but they were lack in the aspect of pedagogy and knowledge and skills about teaching hearing disabled students. From the study, it was also found that all the  participants have planned their lesson using the National Islamic Education syllabus. However, in term of implementation, there were some differences regarding the modifications of the syllabus. From the study, classroom environment, furniture and student arrangement should be improve to fit the needs of teaching and learning Islamic education for the hearing disabled students. Generally, the teachers also have satisfactory communication skills in delivering the Islamic Education lesson. It is hoped that this study will contribute to the improvement the lesson of Islamic Education as well as teacher training pro- grams for the hearing disabled students. Keywords: Teaching Practices, Islamic Education, special education, hearing disabled students isabled, The Special Education Schools. PENGENALAN Islam meletakkan tanggungjawab besar kepada setiap pendidik yang terdiri daripada guru, ibu bapa atau ahli masyarakat untuk mengajar, membentuk dan memberi pendidikan kepada setiap insan bermula dari waktu ia dilahirkan lagi ( c  Abdullah Nasih c Ulwan, 1981). Setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini berhak mendapat pendidikan dan pelajaran menurut kebolehan, bakat dan persediaan yang ada pada diri masing-masing (Abdullah al-Qari, 1993). Murid pendidikan khas bermasalah pendengaran juga tidak ketinggalan mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah, sama ada di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) ataupun di Program Pendidikan Khas Integrasi. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam di program Pendidikan Khas ini adalah untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas mempelajari agama yang menjadi pegangan hidup utama orang Islam.  13  Amalan Pengajaran Guru dalam P&P Pendidikan Islam di Sek. Keb. Pendidikan Khas LATAR BELAKANG KAJIAN Dalam sistem pendidikan di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam mula diwajibkan kepada murid yang beragama Islam Akta Pendidikan 1996 (akta 550) seksyen 50, telah menetapkan bahawa jika dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan (Maklumat Pendidikan Khas, 2007). Berdasarkan data Jabatan Pendidikan Khas, bilangan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran pada tahun 2007 di sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) ialah seramai 1564 orang, manakala bilangan murid di Program Pendidikan Khas Integrasi ialah seramai 711 orang. Jumlah keseluruhan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran di sekolah kebangsaan ialah 2275 orang (Maklumat Pendidikan Khas, 2007).  Walaupun bilangan mereka adalah kecil namun mereka juga mengikuti pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan bagi murid yang beragama Islam, mereka  wajib mengikuti mata pelajaran pendidikan Islam sebagaimana murid-murid lain.  Jadual 1.1  Bilangan murid pendidikan khas bermasalah pendengaran Sumber: Maklumat Pendidikan Khas 2007 Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, murid pendidikan khas bermasalah pendengaran mengikuti kurikulum Pendidikan Islam kebangsaan sama seperti pelaksanaannya di sekolah kebangsaan, iaitu dilaksanakan dalam lima waktu atau 150 minit seminggu dengan 30 minit setiap waktu dan ditambah dengan satu masa atau 30 minit bagi pelajaran jawi. Daripada segi organisasi kandungan, mata pelajaran Pendidikan Islam mengandungi empat komponen utama, iaitu asuhan Tilawah Al-Quran, asas ulum Syariah, asas adab dan akhlak Islamiah dan Jawi. Bagi komponen asas Tilawah al-Quran terdapat kumpulan kecil, iaitu bahagian bacaan, kefahaman dan hafazan; sementara dalam komponen asas ulum syariah mengandungi akidah, ibadah dan sirah al-Nabawiyyah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). TUJUAN KAJIAN Kajian ini secara umumnya ingin mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kepada murid Pendidikan Khas bermasalah pendengaran dari aspek pendekatan dan kaedah yang digunakan, penggunaan kurikulum, keadaan dan kesesuaian bilik darjah dan kaedah komunikasi yang digunakan. OBJEKTIF KAJIAN Bagi mencapai tujuan ini, beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu: 1. Memahami bagaimana guru merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan kurikulum kebangsaan yang disesuaikan dengan tahap kebolehan dan kemampuan murid bermasalah pendengaran. 2003 2004 2005 2006 2007 Bil. Murid SKPK 1,717 1,589 1,574 1,437 1,564 Bil. Murid Integrasi 429 416 636 389 711  Jumlah 2,146 2,005 2,210 1,826 2,275  14  Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 2012 11-24    2. Meneroka amalan pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam kepada murid pendidikan khas masalah pendengaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, serta menghuraikan pendekatan dan kaedah yang sesuai digunakan oleh guru mengikut bidang dan tahap kemampuan murid bermasalah pendengaran. 3. Mengenalpasti keadaan dan kesesuaian bilik darjah yang digunakan sebagai tempat pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung? 4. Mengenalpasti medium dan kaedah komunikasi yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian yang menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif. dalam kajian ini, persoalan yang dikaji ialah tentang proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid-murid Islam bermasalah pendengaran berlangsung di sekolah Pendidikan Khas. Kajian difokuskan kepada memahami keadaan dan suasana yang berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran guru kepada murid bermasalah pendengaran. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan seberapa banyak data deskriptif bagi memperoleh gambaran sebenar mengenai proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan tersebut, kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui pemerhatian, temu bual dan bahan dokumen yang berkaitan. Pengkaji-pengkaji kualitatif biasanya bergantung kepada ketiga-tiga metod ini bagi mengumpulkan maklumat iaitu; (a) Pemerhatian, (b) temu bual dan (c) bukti dokumen (Bogdan & Biklen 2003; Merriam 1988; Spradley 1980). Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes secara kualitatif. Kaedah kajian kes adalah kaedah yang sesuai digunakan untuk kajian ini, sepertimana saranan Merriam (1998) yang mengatakan bahawa kajian kes adalah untuk memahami secara mendalam sesuatu situasi dan memberi makna kepada mereka yang terlibat.Kajian kes digunakan dalam kajian ini kerana melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan mendalam mengenai proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas masalah pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Unit analisis dalam kajian ini adalah proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kepada murid Pendidikan Khas bermasalah pendengaran. Analisis terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ini nanti meneroka bagaimana proses tersebut dilaksanakan oleh guru Pen-didikan Islam di sekolah pendidikan khas berlangsung. Oleh itu, dalam penyelidikan ini pengkaji tidak akan membuat sebarang generalisasi, kerana kajian ini hanya tertumpu kepada sekumpulan guru Pendidikan Islam yang mengajar Pendidi-kan Islam kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pendengaran. Menurut Chua (2006) penyelidikan kualitatif tidak tertakluk kepada membuktikan hipotesis dan teori pada awal kajian tetapi penyelidikan berkembang semasa kajian dijalankan. Subjek kajian kes merupakan individu tunggal atau sekumpulan individu tertentu dan bukan merupakan subjek sampel kajian yang dipilih secara rawak dari sesuatu populasi. Ia merupakan subjek dalam satu kes khusus yang dikaji, iaitu hasil kajian hanya menerangkan ciri-ciri subjek tersebut, dan tidak digunakan untuk membuat generalisasi kepada mana-mana populasi. Walaupun tidak boleh digeneralisasikan, namun dapatan daripada kajian ini boleh menjadi maklumat berguna kepada pihak pengurusan kurikulum, guru dan ibu bapa kepada murid yang mempunyai masalah yang sama dengan subjek dalam kajian ini. Peserta kajian yang dipilih untuk pengumpulan data adalah terdiri daripada guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Seramai empat orang guru telah
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks