2019 October (Malay).

Please download to get full document.

View again

of 28
0 views
PDF
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Document Description
MALAYSIA PP 9866/10/2013 (033274) SINGAPORE MCI (P) 077/09/2019 Pasangan Double Diamond Norliza Bt Hussain Noorafudin Bin Bakri N T S CON T E Pg 1-2 Sistem dan Anda…
Document Share
Document Transcript
MALAYSIA PP 9866/10/2013 (033274) SINGAPORE MCI (P) 077/09/2019 Pasangan Double Diamond Norliza Bt Hussain Noorafudin Bin Bakri N T S CON T E Pg 1-2 Sistem dan Anda Diamond Interview: Pg 3-6 Pasangan Double Diamond Norliza Bt Hussain & OCT-DEC 2019 No. 4 Noorafudin Bin Pg 7-10 Pasangan Double Diamond Hermes Amir & n www.shuanghor.com.my Mariani Deocampo service@shuanghor.com.my n www.shuanghor.com.sg Pg 11 Membantu Saluran Usus Menghapuskan Toksin, service@shuanghor.com.sg Memelihara Persekitaran Dalaman Badan! SHUANG HOR - Majalah suku tahunan istimewa yang diterbitkan khas untuk pengedar Shuang Hor. Majalah Shuang Hor diterbitkan untuk kegunaan Pg 13 VitaKing Memelihara Kesihatan Sendi Berpanjangan Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. sahaja. Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar, Pg 14 Memelihara Rambut Secara Menyeluruh – mengulang mana-mana bahagian majalah ini sebelum Vcare Hair Repairing Serum mendapat izin bertulis daripada Shuang Hor. Diterbit Oleh: Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. (Co. No. 184951-D) (AJL 93423) Pg 15 Membaharui Keahlian 2020 No. 54, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia. Pg 18 Shuang Hor Outstanding Vice Manager Overseas Tel: +60-3-62758818 Fax: +60-3-62766822 Seminar 2020 – Shanghai & Hangzhou, China Dicetak Oleh : Percetakan Osacar Sdn Bhd (Co. Registration: 63461-W) Pg 19-23 Tokoh Kejayaan: Mei, Jun & Julai 2019 16 Jalan IDA 1A, Industri Desa Aman, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. Pg 24 Notis Penempaham Stok Bersama Kita Mempertahankan Kepentingan Jualan Langsung, Katakan TIDAK kepada Pemotongan Harga Sejak akhir-akhir ini, berikutan kemunculan platform membeli-belah secara dalam talian telah mengakibatkan amalan perniagaan yang tidak wajar – memberikan potongan harga istimewa atau menjual dengan harga yang lebih rendah daripada harga runcit dan sebagainya, menggunakan taktik yang tidak wajar untuk menjual produk Shuang Hor bagi meraih keuntungan. Perbuatan menjual produk dengan pemotongan harga memberi kesan yang amat besar terhadap kepentingan syarikat Shuang Hor dan pengedarnya, dan impak yang menyusul mungkin jauh lebih memudaratkan daripada apa yang dapat kita bayangkan malah boleh menjejaskan imej produk Shuang Hor serta hak kepentingan para pengedar yang jujur dan patuh kepada peraturan Sistem. Menguntungkan Orang Lain dan Menguntungkan Diri adalah semangat yang digalakkan oleh syarikat Shuang Hor, maka dengan ini Syarikat menyeru supaya para rakan pengedar mematuhi Kod Etika Perniagaan Syarikat dengan ketat dan berpegang pada sikap disiplin diri bagi mencipta persekitaran organisasi yang stabil dan harmoni, supaya sama-sama menuju ke arah kehidupan yang berjaya. * Untuk memahami kerosakan persekitaran perniagaan yang diakibatkan oleh amalan Penjualan dengan Pemotongan Harga, sila rujuk “Sistem dan Anda” keluaran kali ini. Pemimpin Sistem Ku Cheng Chun Penjualan dengan Potongan Harga ialah Musuh Bersama Orang Ramai Ada sejenis amalan dalam persekitaran jualan langsung yang mengundang kemarahan dan kebencian orang ramai, malah kebencian ini boleh disamakan dengan musuh bersama orang ramai. Amalan ini ialah penjualan dengan pemotongan harga. Mengapakah penjualan dengan pemotongan harga menjadi musuh bersama dalam kalangan pengusaha jualan langsung? Sebabnya adalah: menjejaskan kepentingan dan keuntungan para pengusaha. 1. Kepentingan Syarikat - Tujuan syarikat jualan langsung adalah untuk menyediakan suatu platform perniagaan yang terbuka, adil dan saksama untuk rakan pengedar yang menyertainya supaya mereka dapat menjalankan perniagaan dengan hati yang tenang dalam sistem yang ditetapkan, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meraih ganjaran yang setimpal, dan seterusnya menarik lebih ramai rakan dan taulan untuk menyertai pasukan perniagaan mereka, mencipta keadaan sama menang untuk membangunkan skala perniagaan yang makmur. Akan tetapi, dengan kemunculan rakan yang menyeleweng daripada landasan asal, mengamalkan penjualan dengan pemotongan harga bagi menarik pelanggan dengan tawaran murah, merampas ganjaran dan keuntungan yang sepatutnya menjadi milik mereka yang melaburkan usaha dalam jangka panjang. Perbuatan ini bukan sahaja telah merosakkan pelaku itu sendiri secara langsung malah mengganggu ketertiban pasaran, menjejaskan perniagaan, menyebabkan rakan-rakan lain tidak dapat meraih keuntungan dan seterusnya kehilangan momentum penjualan dan akhirnya membantutkan perkembangan ataupun terpaksa menutup perniagaan, dan ini merupakan satu bencana kepada syarikat. 2. Kepentingan Peniaga Jualan Langsung - Apabila muncul penjualan dengan pemotongan harga dalam pasaran, dan amalan ini semakin menjadi-jadi, para rakan pengedar jualan langsung akan menghadapi risiko besar, iaitu kekeliruan harga pasaran, ketidaktentuan dan seterusnya menyebabkan kesukaran menjual, penajaan terhalang, membantutkan langkah rakan pengedar dan terjebak dalam kesusahan. Kerosakan yang diakibatkan oleh perbuatan penjualan dengan pemotongan harga ialah salah satu bencana yang paling besar dalam persekitaran industri jualan langsung namun ia wujud akibat sifat manusia yang sedemikian rupa, walaupun ia tidak semestinya menyebabkan kemusnahan, kehadirannya tetap tidak boleh dipandang sepi, jika langkah yang berkesan tidak diambil dengan sewajarnya, ia mungkin menimbulkan kesan rama-rama yang tidak dapat diselamatkan lagi pada kemudian hari. Secara munasabahnya, memang wajar mendapat keuntungan daripada urusan perniagaan dan menjual produk, selain proses mempromosikan produk, khidmat selepas jualan dan sebagainya, semuanya memerlukan pengorbanan masa, kos pengangkutan, sumber dan modal yang berkaitan serta pelbagai kos yang ketara dan tidak ketara; oleh yang demikian, keuntungan yang diperoleh daripada jualan memang wajar. Tetapi mengapakah ada pengusaha jualan langsung yang sanggup mengorbankan keuntungan untuk melakukan perbuatan jijik dengan menjual barangan dengan pemotongan harga? Seterusnya, mari kita meneliti punca dan kategori penjualan dengan pemotongan harga ini: 1. Pemotongan Harga Pasif: Dalam proses menyimpulkan jualan, akibat didesak secara paksa oleh pelanggan, terpaksa menurunkan harga untuk menjayakan jualan (faktor luaran). 2. Pemotongan Harga Rela Hati: Pihak pelanggan tidak meminta diturunkan harga, tetapi memandangkan hubungan baik dengan pelanggan atau ingin cepat menjayakan jualan atau berasa malu untuk mengambil untung, maka dia menurunkan harga dengan rela hati. OCTOBER 2019 1 3. Pemotongan Harga Bersifat Pengkhianatan: Menganggap pemotongan harga sebagai satu strategi pemasaran, mengambil kesempatan atas kedudukan diri yang mempunyai kelebihan dalam syarat menempah produk maka melakukan pemotongan harga yang bersifat merampas ataupun dengan niat meraih kenaikan pangkat atau ganjaran tertentu maka melakukan penyimpanan stok dengan banyaknya, demi menyelesaikan masalah stok yang berlebihan maka melakukan pemotongan harga yang tidak munasabah. 4. Dihukum kerana Pemotongan Harga: Demi memelihara tertib pasaran dan memastikan kepentingan faedah para rakan pengedar, Syarikat pastinya akan mengambil langkah balas terhadap mereka yang melakukan penjualan dengan pemotongan harga, terutamanya yang bersifat khianat, dengan mengenakan hukuman yang setimpal. Sejak akhir-akhir ini, platform lelong dalam talian begitu banyak dan menyebabkan orang rambang mata, kini semakin ramai pengguna mengamalkan tabiat membeli produk secara dalam talian menyebabkan peniaga jualan langsung yang mengamalkan penjualan dengan pemotongan harga berubah cara jualan dan merebak ke jualan dalam talian sehingga menyebabkan langkah pencegahan menjadi rumit. Walaupun Shuang Hor mempunyai sistem pengurusan perniagaan yang kukuh, kes penjualan dengan pemotongan harga dalam talian boleh dikatakan tidak begitu rumit berbanding dengan syarikat jualan langsung yang lain. Namun demikian, Shuang Hor tidak akan mengabaikan pengkhianatan yang dianggap kecil, Shuang Hor akan memperhebat langkah pencegahan terhadap cara perniagaan yang tidak wajar, menjual barangan dengan pemotongan harga, terutamanya melalui jualan dalam talian atau secara fizikal yang tergolong dalam kategori Pemotongan Harga Bersifat Pengkhianatan, kami ada cara untuk mencari mereka. Kejayaan perniagaan Shuang Hor pastinya bukan bergantung pada faedah jangka pendek melalui spekulasi tetapi berasaskan mekanisme bermaruah - membawa keuntungan kepada orang lain dan juga kepada diri sendiri, memaparkan sisi mulia sifat manusia yang terpuji, dan inilah ciri keistimewaan yang terdapat dalam industri jualan langsung, mempunyai sifat kemesraan manusia. Berasaskan ciri keistimewaan ini yang mengutamakan keharmonian, mencipta pasukan meraih faedah dan kemakmuran bersama sepatutnya menjadi matlamat teras perniagaan jualan langsung. Ini merupakan pengetahuan asas yang perlu ada pada setiap rakan pengedar yang mengusahakan perniagaan Shuang Hor. Pasukan yang mempunyai hala tuju yang tepat akan dapat mengembangkan satu persekitaran organisasi yang boleh kekal untuk selama-lamanya, dan pasukan ini akan dapat meneroka kemungkinan yang seluas-luasnya tanpa risau, membina sebuah perniagaan yang teguh dan kukuh. Jangan lupa, Peraturan Besi orang yang berjaya: Memimpin Melalui Teladan, Hanya dengan Disiplin Kita akan Menang! OCTOBER 2019 2 Noorafudin Bin Bakri Profil Double Diamond Perkembangan di Shuang Hor: 24hb Ogos 1992: Menyertai Shuang Hor Norliza Bt Hussain Disember 1993: Vice Manager Feberuari 1994: Senior Vice Manager November 1994: Special Vice Manager Oktober 1995: Diamond April 2019: Double Diamond (bersambung......) Tempat tinggal: Shah Alam, Malaysia OCTOBER 2019 3 Tidak Gentar Menghadapi Cabaran, Bersikap Positif Mencipta Kehidupan Luar Biasa Memberi Layanan Secara Ikhlas, Menjadikan Setiap Insan Sebagai Aset Adalah Cara Hidup yang Sejati Pasangan Double Diamond Noorafudin dan Norliza sudah 27 tahun menyertai Shuang Hor. Sepanjang tempoh ini, mereka berganding bahu bersama Shuang Hor menghadapi pelbagai cabaran dan berkembang maju bersama-sama. Mereka berdua tidak pernah menyesal memilih kehidupan Shuang Hor selama 27 tahun ini, sebaliknya mereka berasa bersyukur kerana dapat menemui Shuang Hor yang telah mengubah kesihatan diri mereka serta semua orang di sekeliling mereka, malah dapat sama-sama meneroka kehidupan Shuang Hor yang indah sempurna. Norliza menyifatkan 27 tahun perjalanannya di Shuang Hor seperti menyertai sebuah perlumbaan maraton. Sepanjang tempoh perjalanan ini, mereka telah menghadapi pelbagai rintangan, namun mereka menghadapinya dengan sikap tidak menyerah kalah, tabah bertahan hingga ke hari ini, malah mereka menjadi lebih kuat! Mengimbau kembali peristiwa krisis ekonomi tahun 1998, ketika itu, rangkaian mereka se olah olah berada dalam keadaan “beku”, downline mereka hampir semuanya melepaskan perniagaan Shuang Hor, yang tinggal kebanyakannya adalah pengguna tegar yang memerlukan produk Shuang Hor, menyebabkan perniagaan mereka merudum. Walaupun sedang menghadapi keadaan yang sukar, mereka tidak pernah terfikir untuk melepaskan perniagaan Shuang Hor. Norliza memberitahu dirinya: “Biarpun jika seluruh rangkaian meninggalkan kami, saya tidak akan sama sekali meninggalkan perniagaan ini! Produk tiada masalah, Syarikat juga sedang menghadapi kesukaran ini, begitu juga rakan-rakan pengedar, jadi mengapa harus kami meninggalkannya? Saya paling ingat kata-kata yang pernah diucapkan oleh CEO Johnson Ku: ‘Asalkan masih ada seorang yang mahu makan produk Shuang Hor, Shuang Hor tetap akan membuka pintu untuknya!’ Saya percaya kepada Syarikat, suatu hari nanti, mereka pasti akan kembali kepada Shuang Hor dan hakikat telah membuktikan segala-galanya!” Noorafudin bersama isterinya bangkit berganding bahu mengusahakan perniagaan Shuang Hor, mereka meletakkan segala rintangan ke belakang, dengan tenang mereka menghadapi segala cabaran bersama rakan Shuang Hor dan para upline, mereka sama-sama berkembang maju dan menjadi lebih kuat! Pada tahun 2018, Pemimpin Sistem Encik Ku Cheng Chun telah memperkenalkan Pelan Pemasaran Kopi 111 ke Malaysia dan Singapura, dan Pelan Pemasaran Kopi 111 ini telah berlaku ledakan kepada rangkaian pasangan Double Diamond Noorafudin dan Norliza! Pelan Pemasaran Kopi 111 yang mudah dilaksanakan dan senang difahami ini seperti satu dos kardiotonik dalam rangkaian, menimbulkan impak positif di luar jangkaan! Hasil jualan yang selama ini mengalami ketidaktentuan telah kembali meningkat dengan agak hebat berikutan munculnya Pelan Pemasaran Kopi 111, malah hasil jualan downline turut mendapat rangsangan untuk kembali mengusahakan perniagaan Shuang Hor secara bersungguh-sungguh. Dalam pada itu, penambahan ahli-ahli baharu dalam rangkaian kami turut melonjak dengan agak ketara disebabkan Pelan Pemasaran Kopi 111! Mereka beranggapan bahawa Pelan Pemasaran Kopi 111 ialah satu pelan yang memberi suntikan dan semangat baru kepada ahli lama dan ahli baharu, satu pelan yang membawa keuntungan kepada semua. Malah Pelan Pemasaran Kopi 111 menjadi antara salah satu faktor kejayaan mereka mencapai status Double Diamond. OCTOBER 2019 4 Bercakap mengenai apakah senjata rahsia mereka mengusahakan perniagaan Shuang Hor, Double Diamond Noorafudin dan Norliza sebulat suara mengakui bahawa menghadapi cabaran dengan tabah dan tidak menyerah kalah adalah yang terbaik. Noorafudin berkata: “Pada kami, sesungguhnya tiada senjata rahsia. Kami mempunyai pengalaman selama 27 tahun, dan segala pengalaman yang pernah kami alami di Shuang Hor, segala ilmu yang telah dipelajari, kami telah berkongsi dan duplikasikan semuanya kepada downline dengan jujur dan ikhlas, membantu mereka menyedari potensi diri dan kelebihan sendiri, kemudian membimbing mereka memfokuskan perhatian kepada mencapai matlamat mengusahakan perniagaan Shuang Hor sehingga berjaya, selebihnya terpulang kepada usaha mereka sendiri!” Norliza pula berpendapat bahawa produk yang cemerlang disertakan dengan Sistem yang sempurna ialah senjata yang ampuh bagi perniagaan jualan langsung! “Saya benar-benar berasa bangga dengan Shuang Hor kerana dalam tempoh 31 tahun, walaupun telah menghadapi cabaran yang hebat, ia tetap teguh berdiri! Kami juga amat berterima kasih kepada ketabahan dan wawasan CEO kami, sikap beliau yang terus mencemerlangkan kualiti produk, menjadikan produk Shuang Hor sentiasa menjadi peneraju dalam industrinya. Apa yang dapat kami lakukan adalah berganding bahu dengan Syarikat untuk menghadapi cabaran bersama, menerima perubahan dan sama-sama menuju ke arah kejayaan!” Cara mengurus dan mentadbir sebuah rangkaian juga merupakan satu ilmu yang amat penting tentu sekali pasangan ini mempunyai cara mereka sendiri. Noorafudin berpendapat bahawa rangkaian downline ialah aset yang amat penting, jika dapat ditambahkan kuasa positif, menunjukkan teladan yang baik, membuat perkongsian ilmu secara ikhlas, serta mempengaruhi ahli dalam rangkaian supaya bersikap positif, mempunyai sikap yang betul , membiarkan mereka saling berkomunikasi dan saling menggalakkan! Sebagai upline, pasangan ini perlu bersikap terbuka, sentiasa berhubung dengan downline supaya rangkaian menjadi sebuah keluarga besar yang harmoni. Norliza sentiasa ingat kepada kata- kata guru pembimbing mereka, Gold Diamond Rudy Chin bahawa jualan langsung ialah sebuah perniagaan yang berasaskan modal insan, perlu ia wujud bersama nilai-nilai murni! Dalam pada itu, mungkin ada orang yang akan meninggalkan rangkaian, ada yang akan kekal di dalamnya, ia umpama sebatang pokok, daun boleh keguguran, tetapi yang masih kekal itu akan menjadi lebih kuat, yang lebih penting lagi, semakin besar pokok itu maka semakin mendalam akarnya mencengkam. Kata-kata Gold Diamond Lin Shen Chang, supaya kita menyumbang tanpa mengharapkan balasan! Pasangan Double Diamond Norliza dan Noorafudin selama ini dianggap sebagai suri teladan pasangan Diamond yang masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam perniagaan Shuang Hor, Noorafudin seorang ekstrovert sementara Norliza pula seorang yang introvert dan rajin mencari dan berkongsi ilmu. Mereka mempamerkan gandingan yang sempurna, dan ini juga merupakan salah satu faktor kejayaan mereka! Norliza ialah seorang penggemar ilmu kesihatan dan maklumat produk, beliau sangat memahami Sistem Pendidikan, beliau dianggap sebagai rakan kerja terbaik Noorafudin. Noorafudin terus memuji Norliza dengan mengatakan bahawa beliau sentiasa bersifat prihatin, memberikan rasa selamat dan ikhlas, sebab itulah setiap kali beliau berjumpa dengan prospek, sikap ikhlas Norliza dapat membuatkan pihak lain mengurangkan rasa kebimbangan dan kadar kejayaan pun lebih tinggi! Norliza pula menyifatkan suaminya sebagai “Pendorong yang Sempurna!” Kelebihan Noorafudin adalah dari segi teknikal dan strategi pemasaran, disebabkan sikap beliau yang cepat mesra, maka tugas memotivasikan orang lain menjadi kepakaran beliau. Gandingan peramah dan pendiam ini begitu sempurna dan memberi ruang kepada pasangan suami isteri ini mempamerkan kesempurnaan tindakan mereka! OCTOBER 2019 5 Pada pandangan pasangan Double Diamond Norliza dan Noorafudin, bagaimanakah seorang pemimpin yang sejati wujud? Norliza berpendapat bahawa seorang pemimpin harus menunjukkan daya kepimpinan, bukan mengarah secara angkuh. Seorang pemimpin yang berjaya harus berusaha sedaya-upaya untuk melakukan semua perkara, membantu downline menyelesaikan masalah; bersyukur, rendah diri ialah sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin. Noorafudin pula berpendapat bahawa melakukan apa yang dikata dan memimpin melalui teladan adalah syarat yang perlu ada pada seorang pemimpin. “Dalam keluarga besar Shuang Hor ini, kami sentiasa akan menemui orang-orang yang mempunyai pelbagai watak, latar belakang yang berbeza, apa yang perlu kita lakukan adalah bersikap adil, terbuka untuk menyelesaikan masalah, elakkan pertikaian yang tidak perlu. Sesungguhnya, perniagaan Shuang Hor juga boleh mengubah sifat dalaman seseorang kerana budaya dan persekitarannya dapat mempengaruhi sikap dalaman dan keperibadian seseorang supaya menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan diyakini!” Selain memperoleh kesihatan, kekayaan dan kebebasan, perniagaan Shuang Hor juga dapat membetulkan sikap dalaman dan personaliti seseorang, dan inilah antara sebabnya pasangan ini tidak pernah melepaskan perniagaan Shuang Hor. Norliza berpendapat bahawa perubahan yang paling besar dialami mereka dalam Shuang Hor ialah menemui makna sebenar kehidupan, dan kejayaan yang paling besar mereka adalah mempelajari cara merendah diri, sentiasa mengingatkan diri supaya bersyukur dan menerima cabaran, kerana cabaran dalam kehidupan ini akan menjadikan kita lebih baik dan lebih maju! Kejayaan di Shuang Hor bukan diukur dengan kelajuan mencapai sesuatu status atau setinggi mana status kita, tetapi bagaimanakah orang itu selepas mencapai kejayaan! Noorafudin pula berpendapat bahawa perniagaan Shuang Hor membuatkan dirinya mempunyai penilaian yang berbeza terhadap kejayaan. Sebelum ini beliau berpendapat bahawa kejayaan ialah memiliki banyak wang, memiliki rumah besar dan kereta berjenama mewah. Tetapi apabila kali pertama beliau menyertai perjumpaan OPP, pandangannya berubah sama sekali. Kerana di Shuang Hor makna kejayaan ialah mempunyai kesihatan, masa dan kewangan pada masa yang sama, ditambah pula dengan pengalaman beliau merasai keberkesanan produk Shuang Hor, beliau mengambil keputusan untuk mula menceburi perniagaan Shuang Hor. “Ketika kami sedang menikmati kesihatan, masa dan kewangan, kehidupan kami juga telah berubah menjadi lebih praktikal dan bermakna, hal ini membuatkan kami mula meningkatkan diri dan membantu orang lain merealisasikan impian. Kami amat percaya bahawa selagi kami tidak menyerah kalah dan terus berusaha, semua orang dapat mencapai kehidupan yang luar biasa di Shuang Hor, kerana di sini adalah sebuah platform yang adil dan memberi peluang kepada semua peringkat lapisan masyarakat untuk mencapai impian.” Apakah rancangan akan datang pasangan ini?
Similar documents
View more...
Search Related
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x